02 January 2015

Bekal Makan Setiap Jumaat

2 Januari 2015.

Nampak beza bekal nasi goreng daging cili padi kami suami isteri? Yang belah kiri tu nasi goreng untuk suami, yang belah kanan tu nasi goreng untuk isterinya yang bam bam. Ni la bahananya dapat suami yang kurang minat makan sayur, bukan tak makan sayur langsung tapi memilih.

Macam biasa setiap hari Jumaat, kami tak makan tengahari bersama. Selalunya kalau tanya suami makan apa kalau tak sempat makan tengahari hari Jumaat, dia jawap makan roti yang beli kat JJ Lama Ayer Keroh untuk alas perut. Jadi, sebagai isteri yang kesian dan tahu suami terkejar-kejar nak pergi solat Jumaat dan tak sempat nak makan tengahari, aku memang bekalkan suami dengan bekal nasi goreng kegemarannya ni.  Memang suami selalu minta masakkan nasi goreng daging cili padi untuknya. Tapi.....haaa....ada tapinya, dia selalu minta jangan letak sayur dalam nasi goreng dia. Haish....

Being aku yang memang hantu sayur, jadi satu keje pula nak kena masak nasi berasingan (2 kali masak). Kalau tak sempat, aku memang masak nasi goreng tu sekali dengan sayur...heheh...lepas tu suami kenalah ambil masa asingkan (tolak tepi) sayur sebelum makan. Kalau ada masa dan datang rajin (macam malam tadi), aku masak nasi goreng 2 kali; satu tanpa sayur dan satu dengan sayur yang banyak. Yang tanpa sayur tu, semata daging dan telur hancur. Yang ada sayur tu, letak segala macam sayur (lobak merah, kacang buncis, kubis bunga, sawi), daging dan telur hancur.

P/s: Sayur yang suami makan; bayam, lobak merah dan brokoli....yang lain, ko jengil mata sampai nak terkeluar pun belum tentu dia usik....kalau ada anak esok, jangan la ikut perangai ayah dia, biar ikut perangai mak yang hantu sayur ni...aminnnnn! Huhuhuhu.....

4 comments:

  1. Samalah kak. Cikji hantu sayo gak. Bglah sayo apa kompem telan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, kire nasib baik la dia nak makan juga sayur bayam (kekonon perasan dia tu popeye makan spinach), carrot dan brokoli....kalau tak makan semua.....haish!!

      Delete
  2. Sedap nampak,bagus Yani..berkat air tangan isteri..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Nuriz, setakat lepas tekak kami suami isteri tu boleh la...suami cakap sedap tu kire bersyukur la...yup berkat air tangan isteri, perut suami kena jaga kan? Biar dia pergi mana pun, masakan isteri juga yang dia idamkan...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)