02 January 2015

Pengalaman Pegang Gamat Di The Shore Oceanarium Melaka

2 Januari 2015.

Aktiviti jalan-jalan kami yang pertama bagi tahun 2015, dalam Melaka juga tapi di tempat tarikan terbaru di Negeri Melaka ini. Cuti tahun baru 2015 dimanfaatkan bersama suami dengan melawati The Shore Oceanarium yang terletak di tingkat dua The Shore Shopping Gallery, di tengah-tengah bandar Melaka.

The Shore Oceanarium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian pameran iaitu; Interactive Touch Pool, Jungle Quest, Sea Shells Museum, River Story, Dangerous Marine Species, Shark Quest, Ocean Journey, Ocean Theatre, Living Fossil, Fun Freakish dan juga Kampung Penyu.


Kawasan pertama yang kita akan jumpa adalah Interactive Touch Pool yang mana kita berpeluang untuk memegang dan menyentuh sendiri beberapa spesis hidupan laut seperti gamat, tapak sulaiman, cengkerang dan ikan yu yang ditempatkan dalam kolam kecil secara berasingan. Sebelum sentuh hidupan-hidupan itu, kita kena basuh tangan dahulu di sinki yang disediakan berdekatan ruang pameran tersebut bagi memastikan air dalam kolam tidak tercemar.

Pada mulanya agak geli nak pegang gamat sebab tekstur bawah badan dia tu eeii...tapi sebab tak nak lepas peluang bergambar, kami cuba juga pegang walaupun terjerit-jerit kegelian! Huhuhu....suami siap dapat pegang tapak sulaiman. Cool!


Ini semasa di kawasan pameran magic anti gravity. Ada satu tempat yang kita boleh masukkan tangan di ruangan terbuka untuk sentuh ikan-ikan di dalam akuarium besar, yang menghairankan....air dari dalam akuarium besar berisi ikan tu tak melimpah keluar! The magic is....mereka gunakan konsep imbangan vakum.


Gambar semasa di ruang pameran berkonsep Ocean Theatre. Gila besar ikan-ikan yang ada kat dalam tu!! Banyak kali snap gambar sebab ikan besar tu asyik berenang ke sana ke mari buat aksi somersault berpusing...haish! Tu yang siap buat jari "peace" bila berjaya ambil gambar masa ikan lalu betul-betul atas kepala....huhuhu!


Ada replika shark yang sangat besar di ruang pameran Shark Quest, jadi kami bergilir ambil gambar dengan aksi konon kena telan dek ikan shark tu....huhu!



Kat dalam Oceanarium ini terdapat banyak paparan info, grafik dan video yang berciri 3D, jadi kalau nak rasa dan lihat sendiri kesan imej 3D sepanjang berada dalam Oceanarium ini, memang digalakkan siap-siap membeli cermin mata 3D di kaunter. Untuk info, untuk satu resit (1 famili), memang diberikan satu cermin mata 3D secara percuma, tapi sekiranya ada keperluan lebih, boleh beli tambahan cermin mata 3D dengan harga RM5.00 seunit dan boleh disimpan bawa balik.


Lokasi terakhir dalam Oceanarium ini adalah Kampung Penyu. Kalau kita ada beli makanan penyu yang diletakkan dalam bekas kecil di kaunter, inilah masanya kita berpeluang memberi makan penyu yang sungguh jinak. Satu bekas makanan penyu ini berharga RM10.00, dimana disediakan sekali plastik sarung tangan untuk kita pakai.

Pendapat peribadi aku, aku rasa kecik sangatlah bekas berisi makanan penyu tu sebab beberapa kali campak je dah habis...kesian kat penyu-penyu tu dok terjulur kepala tunggu kita beri makanan lagi pada dia.





Sepanjang berada di dalam Oceanarium ini, kita akan dibekalkan dengan borang kuiz berkaitan haiwan-haiwan hidupan laut yang ada dipamerkan di ruang pameran Ocenarium. Untuk menjawap soalan kuiz, kita kena cop dengan cop yang ada berdekatan tempat pameran mengikut jenis soalan. Tak boleh main tipu ye! Sebab setiap cop adalah berbeza designnya.

Bila dah selesai tour dalam ocenarium tu, bolehlah kembalikan borang kuiz di kaunter dan kita akan dapat free gift iaitu badge. So tipnya, tak perlu la beli badge kat kedai di pintu keluar Oceanarium ni sebab korunk akan dapat juga nanti masa redeem free gift borang kuiz tu. Kami suami isterikan peminat fridge magnet, jadi wajib beli satu FM buat koleksi FM di rumah. 

Jumlah harga tiket untuk 2 orang dewasa, 1 unit cermin mata 3D dan satu bekas makanan penyu adalah bernilai RM71.00. Memang agak mahal tapi kalau nak rasa berbaloi, better kita luangkan masa lebih lama untuk melihat semua jenis spesis hidupan laut yang dipamerkan dan buat semua aktiviti yang ditawarkan.

Bukti kami sudah menjejakkan kaki di The Shore Oceanarium!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)