01 December 2014

Misi Disember 2014 : Cari Masa Bukan Cari Alasan


1 Disember 2014.

Kejap je dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2014 ni kan? Ok la, pendekkan cerita, nak cabar diri untuk turunkan berat badan seberapa yang boleh dengan perhebatkan beberapa usaha.

1) Jaga pemakanan - not really calories counting tapi jaga portion makanan.

2) Kekalkan pengambilan air 4-5 liter sehari (2 liter teamix dan 3 liter air masak + lemon + chia seed).

3) Wajib bersenam sekurang-kurangnya 30-45 minit pada hari biasa, lepas balik kerja atau sebelum tidur.

4) Variasikan bentuk senaman; powerwalk, zumba, dance workout atau dumbel lifting.

5) Berjogging/briskwalking di trek 10,000 langkah pada hujung minggu. Kalau hujan atau cuaca tak mengizinkan, kita tukar plan buat aktiviti dalam rumah.

6) Bergerak aktif di pejabat; cari peluang untuk berpeluh. Parking jauh-jauh dari pejabat.

7) Kurangkan snacking! Gosh....ni paling susah. Better shift kepada snacking dried fruit/fresh fruit untuk atasi rasa nak mengunyah.

Memang payah nak gerakkan balik badan lepas banyak kali skip bersenam lepas balik kerja, kadang-kala mood penat tu lebih menguasai perasaan. Minggu lepas straight 5 hari tak bersenam lepas balik kerja. Sangat-sangat lemau rasa badan ni. 

6 comments:

  1. Yani...nak tanye la..kalo exercise sblum tdo tu. pas exercise ok ke kalo kita mandi malam2? x bahaya ke? me x smpat la nak exercise pas balik kje..tp bile nak exercise mlm2 tkut plak nak mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah nak exercise sebelum tidur. Pernah baca artikel yg kata it's ok bersenam beberapa jam sebelum tidur.

      Lepas bersenam pun mandi la dengan air shower/air panas. So far Yani buat tak de masalah. Yani pun kadang2 tak sempat nak exercise lepas balik kerja, so grab 1 jam sebelum tidur buat exercise, janji berpeluh.

      Delete
    2. orait!! tq..da ade testimoni ni bole la start exercise mlm2 ;)

      Delete
    3. InshaAllah....boleh punye Umi exercise bila-bila masa..kena pandai cari masa. Trust me....lepas exercise, tidur akan lebih lena...... :)

      Delete
  2. sekarang dah dpt capai target berat badan ke belum?
    Cemana la nak jadi berdisplin dalam exercise ni?? Failed trok akak ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang? Sekarang berat dah naik....hahaha...tu yang 'on' kan balik mood insaf lepas 2 kali timbang berat kat klinik O&G. Seram tengok angka mencanak naik....

      Impian nak tengok angka 5 kat depan, tak tercapai lagi. Ni angka 6 pun dok turun naik, memang berharap jangan jumpa balik angka 7.....taubat!!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)