02 December 2014

Misi Disember 2014 : Zumba Dan Senamrobik Dangdut


2 Disember 2014.

Balik rumah, cepat-cepat beri makan kucing-kucing. Lepas solat, terus sarung t-shirt dan tight. Dok fikir, apa aktiviti senaman nak buat petang ni? Takkan powerwalk lagi kot?

Cekalkan hati, buka video zumba Linda Edler. Jangan pancit, jangan pancit, jangan pancit....bisik dalam hati. Start dengan video beginner 1 yang berdurasi 16 minit. Kejap je peluh dah menitik-nitik. Bila dah dapat tune rentak...Ok! Sambung lagi beberapa video zumba....cukupkan tempoh masa berzumba selama 45 minit.Kebetulan suami sampai di rumah lepas balik kerja, dia pun join sama berzumba. Dua-dua tak cukup nafas.


Sementara rehatkan badan dan tunggu peluh kering, browse FB. Ternampak ada member sharekan video senamrobik lagu dangdut di timeline dia.....aduh! Play dua kali, terus dapat "tangkap" steps dia....best2! Kalau rajin, cuba search dalam Youtube video klip Cita Citata - Sakitnya Tuh Di Sini. Tu lagu latarbelakang video senamrobik kat atas ni. Tak boleh keluar dari kepala otak sekarang, dok asyik terngiang-ngiang dalam kepala dan asyik teringat goyang pinggung dan gelek instruktor lelaki dalam video tu...hahaha...parah!

4 comments:

  1. insyaallah lepas bersalin nanti nak aktif balik senamrobik nie...misi kurus...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, Lynn tengah mengandung ke? Takpe..inshaAllah lepas bersalin nanti, boleh turun lagi berat badan banyak-banyak.... :)

      Delete
  2. bagus lah asben suka join.. ni asben akak..jgn harapppp... mueheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut mood dia jugak KekDa oii......semalam ajak buat senamrobik dangdut tu, haram dia tak mo...agaknya dia geli tengok ada step goyang2 bontot...hahahha...tapi kalau powerwalk, zumba dan jogging, memang dia 'on' je...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)