28 November 2014

Gathering Adik Beradik Sambut Hari Lahir Dan Ulangtahun Perkahwinan

28 November 2014.

Dah lama rasanya tak buat gathering bersama adik beradik. Rindu pulak rasanya.
Dalam dua tiga bulan ini adalah beberapa sambutan hari lahir dan ulangtahun perkahwinan (kami suami isteri) tapi tertangguh sebab macam-macam alasan. Dengan Kak Teh masih dalam berpantang, nak cari masa berkumpul bersama.

Semalam masing-masing dok layan berwhatsapp dalam group adik beradik nak berkumpul makan-makan dan sambut benda-benda yang tertangguh. Guna konsep potluck; bawa makanan masing-masing dan berkumpul di rumah Kak Teh. Menu utama nasi lemak, Kak Lang bawa kek red velvet keju parut dan satay ayam+daging, dan aku bawa roti sarang lebah kuah butterscotch.


Dapat berkumpul empat famili je; famili Ateh (tengah berpantang), famili Alang, famili Anur (adik bongsu yang tengah preggy) dan famili aku (suami isteri). Kalau famili Along dan Bangah ada, inshaAllah memang meriah! Kak Teh dah awal-awal warning, gathering kali ni no diet-diet dan sukat makan...hahaha!


Tak cukup korum sebenarnya ni...ada anak-anak buah yang balik kampung atok dia kat Johor. Kalau tak gerenti meriah dan havoc dengan suara dan gelagat masing-masing. 

Baby Ahmad baru masuk sebulan lebih. Dok timang dia semalam, lenguh jugak lengan anduh badan dia.....berat dah 4kg lebih. Asyik la meneran daging bujang seorang ni. Ni cucu arwah mak yang paling terkini iaitu cucu yang ke-17. Means that aku dah ada seramai 17 orang anak buah untuk menumpang kasih sayang dan bermanja....best3x!


2 comments:

  1. Lain rasanya muka adik beradik yani... Yg tudung coklat tu ye yg dlm pantang? N yg duduk tengah tu yg preggy eh? I teka je... Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ST...kami adik beradik muka berselang ikut iras arwah mak dan abah. KakLong, KakLang dan Yani ikut iras muka arwah Abah...Bangah, KakTeh dan Adik bongsu ikut iras arwah Mak....

      Yg tudung coklat (KakTeh) tu yg sedang berpantang, adik bongsu yg bertudung warna kuning yg sedang preggy...duduk sebelah Yani kat sofa tu KakLang Yani...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)