14 Oktober 2014.
Appointment pukul 9.00 pagi, tapi nombor giliran dipanggil jam 1.00 petang.
Tersangat ramai pesakit hari ni. Dah naik lenguh pinggang duduk menunggu nombor giliran dipanggil.
Masuk je bilik no. 4, rupanya Dr Kuharaj yang attend kes aku. Dia pun dah familiar dengan muka aku, dari pintu masuk dah sebut nama siap recall yang dia pernah handle kes laporoscopy aku bulan Mei tempohari. Dia tanya apa progress makan Provera, aku tunjukkan pada dia tarikh-tarikh yang aku bleeding (rujuk sini), dia kata ok. Lepas tu dia minta ke bilik no. 9 untuk buat scan dan buat prosedur endometrial pipelle sampling. Dia suruh aku buang air dahulu untuk kosongkan bladder bagi memudahkan proses scan.
Aku ingatkan doktor perempuan melayu yang selalu duduk bilik no. 9 yang akan handle prosedur pipelle tu, rupa-rupanya Dr Kuharaj sendiri yang akan buat. Ya Allah, segannya! Nurse tanya pakai kain ke seluar? Aku cakap kain, terus nurse suruh tanggalkan underwear dan naikkan kain sampai ke atas. Mula-mula, nurse letakkan kain cadar putih tutup bahagian V aku, lepas tu dia suruh naikkan kedudukan kaki seperti mengangkang. Dr Kuharaj standby dengan alat scan untuk scan dari bawah. Lepas tu, doktor dan nurse siapkan alat-alat untuk prosedur seterusnya; prosedur pipelle tu.
Ya Allah!
Sakit sangat-sangat masa nurse dan doktor masukkan spekulum dan forcep pada bukaan V. Aku dah berpeluh-peluh merecik menahan kesakitan dan ketidakselesaan bila spekulum dan forcep tu dimasukkan. Tiga (3) kali alat spekulum tu tertanggal, dan setiap kali dimasukkan semula aku mengerang kesakitan sampai terangkat punggung. Nurse suruh relakskan badan dan tarik nafas. Sumpah tak boleh! Dah la bukaan tu menyakitkan, rasa senak perut memulas-mulas sampai aku menangis meleleh airmata tiap kali doktor tarik keluar sampel dari V.
Dah terlampau sakit sangat, aku tanya pada Dr Kuharaj "Dr., lama lagi ke, saya tak tahan sakit sangat ni!" Cepat-cepat doktor tu buat prosedur dan kata dan nak selesai dah. Selesai prosedur, nurse suruh bangun dan pergi ke bilik no. 4 semula. Masa tu bleeding dah mula keluar dan pantyliner aku basah habis. Masuk balik bilik no. 4, Dr Kuharaj cakap based pada scan, dia suspek dinding rahim aku masih tebal lagi. Jadi dia minta sambung makan ubat Provera untuk sebulan lagi sehingga pertengahan bulan November.
Pada borang untuk hantar sampel endometrial ke makmal, Dr Kuharaj notedkan perkataan "Urgent" untuk dapatkan keputusan makmal segera sebelum tarikh temujanji seterusnya nanti. Dr. Kuharaj kata, kalau keputusan makmal ok, mungkin awal tahun depan dah boleh bincang untuk proceed rawatan kesuburan. Tapi kalau keputusan tak ok, mungkin ada beberapa rawatan untuk endometrial hyperplasia yang perlu aku jalani sebelum ke rawatan kesuburan yang lain.
Keluar dari bilik doktor, aku dah rasa nak pitam sebab menahan sakit dan senak perut, tambah pula belum jamah apa-apa makanan selepas sarapan pagi. Setiap kali bergerak, setiap kali tu aku rasa darah keluar dari V.
P/s: Sempat tanya Dr Kuharaj, prosedur pipelle tu sama ke dengan prosedur pap smear? Dia kata tu dua prosedur berbeza; pap smear ambil sampel dari pangkal rahim, pipelle ambil sampel dari dalam rahim. Sebab tu tahap kesakitan dia berbeza. Rebiu peribadi aku...pipelle sangat-sangat menyakitkan!!
yang baca ni pun terasa semacam dan membayangkan dear... hu hu hu...
ReplyDeleteSeriau dgn pengalaman pipelle sampling ni...rasa nak je ckp kat doktor, bius atau pengsankan je Yani...tak tahan menanggung kesakitan mcm ni....
DeleteBetul sakit sgt sgt pipelle sampling tu..beranak pun tak sakit mcm tu
DeleteAzrun Hafizah,
DeleteSaya tak pernah ada pengalaman bersalin, so tak boleh buat perbandingan. Huhuhu....
Memang lain dari pap smear yani,tak sakit pap smear.,Ya Allah..permudahkanlah segala urusan Yani..Amin..
ReplyDeleteMemang sakit sangat2 kak Nuriz, Yani beristigfar banyak2 masa prosedur tu tapi masih tak dpt elak rasa senak dan sakit...dah la menahan sakit, terpaksa menahan segan doktor lelaki tengok anggota sulit kita. Malunyer kakkkk~......
DeleteSerious sakit sgt batik-pink.sy dh kali ke 5,doktor ckp result 1st tu 0-2% ade cancer..yg lain semua result x dpt baca psl semple yg di ambik x boleh baca psl salah.ni sy baru ambik kli ke5.semoga result yg diperolehi baik aamin. Sbb dh lama menanti utk prosedur seterusnya utk perolehi cahaya mata lak.
DeleteNurul Sabihah, kali ke-5? Ya Allah....kuatnya semangat awak buat pipelle sampling sampai 5 kali. Saya buat sekali tu pun dah taubat tak nak alami lagi. Macam mana boleh salah ambik sample sampai 3 kali (pipelle ke-2 hingga ke-4)?
DeleteAllah.... I can imagine je lanyani sakitnya.... Smg result ok je... InshaAllah....amin....
ReplyDeleteInshaAllah ST, mohon doakan result Yani bertambah baik dan boleh proceed step seterusnya...
Deleteyani baru 1st time ke buat pipelle tu? akak dah 2x yani...experience yg 1st mmg sakit sgt2 mcm yg yani ceritakan ni tp 2nd kurang sakit mgkn sbb doktor yg buat tu cermat kot...mmg masa masukkan alat utk bukaan v kita tu sakit & lemas je rasa, mcm ada bnda tersangkut yg mghalang kita nk kemutkan :D lps tu bila dikorek2 plk tisu kat dlm rahim tu rasa senak, sakit, perit semua ada...mcm sakit contraction tau yani...so bila yani pnya next check up? akak 10/11 ni jmpa blk dr utk tgk result 2nd pipelle tu...nnti akak apdet blog la apa resultnya. Eh, btw yani check kat hosp mana ek?
ReplyDeleteRasa Yani ni kali ke-2 Yani buat, pernah buat sekali dengan doktor perempuan melayu di GH Melaka masa mula-mula start treatment di GH Melaka tahun 2011/2012 dulu. Lebih kurang je sakit dia, tapi yang kali ni lebih sakit. Macam tu ke sakit contraction, kak Hanie? Aduhh....
DeleteNext checkup Yani pertengahan bulan November nanti. Kak Hanie jangan lupa update dlm blog akak eh? Yani check up kat Klinik O&G, GH Melaka.
A'ah Yanie, masa doktor godek2 dlm perut tu rasa senak segala tu mcm rasa contraction la...serba salah tatau nak buat apa bg hilang sakit...akak harap Yanie diberi peluang utk merasainya nanti, insyaallah.
DeleteOh, Yanie kat GH melaka rupanya sbb Yanie cerita kena masuk bilik 9 utk proses tu semua ingatkan sama hospital sbb akak pun masuk bilik 9 gak kat sg.buloh :D
Hehe...mungkin cara susun atur bilik-bilik rawatan di klinik O&G semua hospital kerajaan sama kot? Seingat Yani, kat GH Melaka, bilik 9 & 10 khas untuk bilik scan, yg lain untuk jumpa doktor.
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan yani..aamiin..
ReplyDeletetak pa niatkan dlm hti nk berubat..
InshaAllah, harap-harap ada berita menyenangkan lepas bulan November nanti. Thanks atas doa yang dititipkan...amin!
Deleteuntuk apa tu eh yani amik sample ni? huhuhuh x sempat nak google pasal prosedure ni
ReplyDeleteZue, ambik sampel dinding rahim untuk tgk progress simptom early cancer (endometrial hyperplasia) Yani tu. Haritu makan ubat hormon untuk stopkn period 4 bulan, so doctor ambik sampel untuk check balik. Tapi dalam masa yg sama, still kena continue makan ubat hormon sampai bulan November ni...
Deletememang kena buat ke eh?? hadoi takutnya sakit..
DeleteUntuk kes Yani, memang kena buat la sebab nak tgk apa kesan ubat hormon pada progress hyperplasia ni. Kalau kes lain Yani tak pasti la pulak. :)
DeleteJangan takut....kita rasa sendiri.
Allah
ReplyDeleteDpt imagine cmner sakit itu
Moga result yani positif.Amin
InshaAllah Eilah.....mohon doakan result Yani positif ye?
DeleteSakit yang serik dan tak nak rasa lagi..... :(
Allah sakitnye.. dugaan untuk kita yang inginkan zuriat kan.. takpe, pasti akhirnya akan ada manis..Allah lebih tahu..stay strong dear :)
ReplyDeleteInshaAllah MS....terfikir juga, baru buat pipelle dah tak tahan sakit, mcm mana lah masa melahirkan nanti? Bertarung nyawa....antara hidup dan mati. Sebab tu Allah SWT angkat darjat org perempuan saat melahirkan....
DeleteSy yg baca ni pun terasa sakitnya, bekerut2 kening membacanya. Yelah ambik sampel dlm rahim kan. Btw gudluck kak!
ReplyDeleteInshaAllah, tolong doakan sama ye yg result kali ni ada good progress. Amin!
Deletenak tanya. pipelle ni dia tak kasi ubat tahan sakit ke? sakitnya berpanjangan seharian ke? tak perlu warded kan?
ReplyDeleteSetahu saya dan based pengalaman saya sendiri, memang tak diberikan apa-apa suntikan/ubat tahan sakit dan tak warded. Tahap sakit tu bergantung pd diri masing-masing. Ade orang boleh tahan sakit..ade yang rasa macam separuh mati sakit (saya la tu).
DeleteLast friday saya baru lepas buat pipelle sampling ni. Memang sgt2 sakit sampai 3 nurse yg pegang peha saya. Harap2 result dia baik2 je
ReplyDeleteUtk tujuan apa ye awak buat pipelle sampling? Semoga awak dpt result yang baik-baik sahaja...amin.
DeleteAlhamdulillah..saya baru dpt result pipelle sampling & pap smear. Semuanya ok.Tp mmg masa doktor ambil sample utk dua2 mmg sakit & ngilu.8
ReplyDeletebaru je rasa tadi..blur jgk sbb xtaw procedure apa,just dgr pipel2,..sesungguhnya sakit yg teramat..tahan je air mata tp elok je klua bilik doctor nmpk je muka suami, nangis terus.. jalan pon terketar2 tahan sakit..harap2 xrasa dah lepas ni., serik rasa
ReplyDeleteKan? Saya even dah 5 tahun berlalu pengalaman ni, saya masih trauma dan mengigil bila dengar nama prosedur pipple sampling ni. Beberapa bulan lepas bersalin tempohari, kena buat pap smear...jadi takut sebab teringat2 kesakitan pipple sampling, cuma alhamdulillah pap smear tak rasa sakit.
DeleteSalam sis, nk tnya.. apa tujuan pipelle test ya?
ReplyDeleteSetahu saya, pipelle sampling ini dibuat utk mendapatkan sampel tisu pada dinding rahim untuk doktor kaji masalah yang kita hadapi.
DeleteBaru semalam buat prosedur tu...kalau tau sakit n x selesa sis ambil mc @ cuti. Dah lah kes kat keje pun berlambak tambah ngan keadaan ketidakselesaan kita... Allah jerk tau macamana.
ReplyDelete