16 October 2014

Dah Bertahun Buat Overnight Oats Rupanya!


16 Oktober 2014.

Sana sini sibuk orang rebiu pasal overnight oats. BW dan google lah tengok apa yang sedap naw pasal overnight oats ni. Tengok bahan, hurm ok. Tengok cara buat, hurm ok. Eh...macam pernah buat je? Owh...baru ingat, sejak Jun 2012 sampai sekarang dah buat benda alah ni untuk sarapan pagi. Kih kih kih...

Bahan lebih kurang sama je.
Ko letak oat, aku pun letak oat. Tak kisah la ko pakai rolled oats ke, aku pakai instant oats ke. Meh baca ni, tak ada beza pun nilai nutrisi apa-apa jenis oat diproses pun.

As a final note, Harold McGee in On Food and Cooking says that all processed oats have the same nutritional value. This was a surprise to us. We assumed that the more processed the oat, the less nutrition would remain. We're happy to be proven wrong this time!

Ko letak buah-buahan, aku pun letak buah-buahan jugak. Bezanya, ko letak seketul-seketul besar atau potong kiub, aku blend sekali harung. Dapat gak khasiat yang sama, kan? Aku letak extra lagi, letak kurma dan kismis (makanan sunnah nabi).

Ko pakai yogurt (tak kisah la greek yogurt ke, flavoured yogurt ke atau plain yogurt), aku pakai shake protein bancuh sekali dengan susu kambing (makanan sunnah nabi jugak). Taburkan sekali dengan chia seed (ok yang ni aku baru amalkan dari bulan Ogos aritu sampai sekarang). Lepas tu, sejukkan semalaman dalam fridge. Esok pagi-pagi minum sebagai sarapan.


Selalu pakai botol shake Herbalife, hari ni meh kita pakai bekas jar Corale yang dapat masa beli ubat gigi Darlie awal tahun aritu. Arwah mak sempat tengok dan belek bekas ni masa aku tunjuk dapat hadiah apa beli ubat gigi kat Family Store. Al-Fatihah untuk arwah mak. (Kawan-kawan, tolong sedekahkan Al-Fatihah pada arwah mak Yani ye? Thanks in advance).


Ni rupa bentuk overnight oats aka shake Herbalife aku lepas semalaman disejukkan dalam fridge. Chia seed dah kembang semangkuk, bercampur oat yang tumpang kembang semangkuk...tu yang kenyang berpanjangan sampai ke waktu makan tengahari.

P/s : Dalam sedap mencuba resepi-resepi overnight oats ni, jangan lupa kira kalori bahan-bahan yang digunakan. Kot teruja sangat nak masuk macam-macam bahan, takut-takut nilai kalori dah lebih dari kalori nasi lemak sepinggan. Hehehe, sekadar mengingatkan.....tapi kalau bukan dalam mode berdiet sihat macam aku, lantak ko la nak letak apa, janji ko habiskan sebekas overnight oats tu, jangan membazir....nanti jadi kawan setan. Koh koh koh....

12 comments:

  1. ida pun baru berjinak2 dgn overnight oats ni... eh lupe nk update blog! kekekkehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..nama twist sikit je, terus jadi fenomena kat blog dan FB bagai. Sedangkan dah berzaman benda ni wujud. Huhuhuhu....silalah update blog, mana tahu bleh rebiu pengalaman berovernight oat... ;)

      Delete
  2. Menarik!..saya pun nampak sejak demenjak ni ramai buat overnight oats ni..hurmm, nak tanya gak..kat mne bleh dapat chia seed tu eh? Tesco ada x? dan apa kelebihan nye ek.

    Thanks for sharing, salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chia seed senang jumpa skrg ni, kat AOEN bahagian organik ada, kat outlet Cosway pun ada jual. Tesco saya tak pernah jumpa lagi especially kat bahagian natural/organic.

      Chia seed ni banyak khasiat especially sumber omega 3, kalsium dan fiber. Banyak juga kelebihan chia seed ni kalau nak disenaraikan:
      1) Bantu melawan diabetis
      2) Bekalkan sumber fiber
      3) Sumber omega 3 baik untuk kesihatan otak
      4) Khasiat kalsium dalam chia seed elok untuk gigi dan tulang
      5) Sumber protein
      6) Stabilkan kesan gula dalam darah, melawan insulin resistance
      7) Tiada kolestrol jadi sangat baik untuk kesihatan jantung.

      Delete
  3. Pernah buat dlm tahun lps agaknya lepas tgk ada sorang blogger pengguna tegar HL.tp xbrapa ngam di perut guna susu lembu..mungkin pasni nk tukr guna susu kambing pl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better guna susu kambing la...sunnah pun sunnah, lebih berkhasiat dari susu lembu. Kalau letak yogurt, kena tgk juga sukatan dan nilai kalori.

      Delete
  4. nak try laa nanti.. so sedap ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah sedap, especially bagi orang yang tekak biasa makan Oat. ;)

      Delete
  5. Blh tny, shake protein ato shake f1 tu kah? Mo buat msh ragu ehehee..salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Shake protein = Formula 1 (protein shake) dan Formula 3 (whey protein)

      Delete
  6. Assalam kak..F1 tu boleh simpan semalaman dalam peti ais ke? Bukan buat terus minum ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...biasa buat shake siap2 malam sebelum tidur utk breakfast...tp better refer coach masing-masing... ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)