11 October 2014

Rindu Bau Minyak Angin Itu


11 Oktober 2014.

Lepas 6 bulan lebih pemergian arwah mak, ini kali pertama aku menghidu bau minyak angin kegemaran arwah mak ini.

Masa arwah mak masih ada, inilah minyak angin yang selalu ada dekat dengan mak dan yang selalu dipakai hampir setiap hari. Memandangkan arwah mak ade darah tinggi, kepala selalu pening sebab bacaan tekanan darah naik, mak akan sapu banyak-banyak minyak angin kat satu badan, especially kat dahi.

Jadi, setiap pagi atau sebaik balik kerja, bila salam tangan dan kucup dahi mak, inilah bau aroma yang menusuk ke rongga hidung aku. Kadang aku bergurau dengan mak, bau minyak ni dah jadi sebati dengan bau mak. Mak senyum je. Aku ingat lagi, kali terakhir aku belikan arwah mak minyak angin cap kapak jenis botol yang paling besar, kalau tak silap sebotol berharga RM12-13. Mak selalu bawa minyak ni kemana-mana sahaja; di rumah, di wad hospital dan masa bercuti dengan aku suami isteri.

Lepas mak meninggal, aku tak pasti kat mana arwah mak letak atau kat mana arwah bibik kemas barang-barang mak especially minyak angin yang satu tu. Dah pernah cari, tapi tak jumpa. Minyak angin yang milik aku sendiri pun dah habis dan tak berganti baru.

Kenapa aku cerita semua ni? Sebab hari kedua berhoneymoon, aku rasa aku perlukannya. Perut rasa tak sedap sebab banyak makan makanan yang tak pernah rasa. Jadi perut sedikit meragam. Pilihan yang terbaik; minyak angin ini. Terus cari kat kedai serbaguna di pekan.

Bau yang aku sangat-sangat rindu. Yang paling penting, aku rindu bau arwah mak. Sangat-sangat rindu.

2 comments:

  1. yani, i lately ni pon perut asik angin je...pening kepala...dah 3 malam dok minum teh halia nak buang angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani bukan perut masuk angin tapi memang saje nak mudahkan proses buang air besar. Dah biasa biang air besar setiap hari, bila corak pemakanan berbeza sedikit, perut jadi meragam dan x dpt buang air besar dengan kerap..tu yg risau tu....

      Yani pun pernah minum air halia masa arwah bibik ada. Memang keluar semua angin dalam badan....sampai cirit birit dibuatnya. Taubat!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)