25 August 2014

CD95 : Period Pertama Lepas Makan Provera

25 Ogos 2014.

Hari ni hari gaji orang kerajaan kan? Tu berita gembira.
Ada lagi satu berita gembira bagi aku. Hari ni aku period. Alhamdulillah!

Hari ni CD95. Menjadikan kitaran period aku yang lepas adalah selama 94 hari. Syabas. Period terakhir selepas buat laparoskopi (7 Mei 2014) dan sebelum makan Provera (24 Jun 2014) adalah pada 23 - 28 Mei 2014 (6 hari). Masa jumpa doktor klinik O&G pada 19 Ogos 2014, lepas scan rahim, doktor memang cakap dinding rahim tebal macam nak period. Memang itu yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Period kali ni memang takde simptom stomach cramp. Cuma yang aku perasan semalam, masa balik dari Seremban ke Melaka ikut jalan dalam, aku rasa macam mual dan loya tekak sekejap. Ingatkan pasal jalan bengkang-bengkok. Tapi terdetik juga masa tu "Dah nak period ke?" Pagi ni sampai je pejabat, rasa macam 'terkencing' skit, bila check kat toilet, memang ada fresh blood period kat pantyliner. Alhamdulillah! Takde spotting atau brownish discharge.

P/s: Nak tengok patern period kali ni sebab doktor kata period dengan Provera akan jadi sedikit dan spotting je.

Updated (13 Oktober 2014):

1) CD1 - Period setompok pada Isnin 25 Ogos 2014 8.30 pagi, pagi Selasa 26 Ogos 2014 dah mandi wajib.

2) CD5 - Period setompok pada Jumaat petang 29 Ogos 2014 4.00 petang, petang Sabtu 30 Ogos 2014 mandi wajib balik.

3) CD10 - Period keluar masa buang air kecil, jadi masa lap dengan tisu memang ada kesan darah, dalam mangkuk tandas pun ada cebisan kecil darah haid Rabu 3 September 2014 jam 9.00 pagi. Balik kerja, terus mandi wajib waktu Maghrib.

4) CD12 - Nak solat Asar (dah masuk waktu Asar pun masa ni), buka underwear tengok darah haid (fresh blood) kat pantylinear 5 September 2014.

5) CD15 - Period keluar masa buang air kecil, ada calitan darah pada tisu, hari Isnin 8 September 2014 pagi. Mandi wajib waktu Maghrib lepas balik kerja.

6) CD24 - Period keluar masa buang air kecil, ada banyak calitan darah pada tisu, hari Rabu 17 September 2014 tengahari.

7) CD27 - 20 September 2014 8.00 malam.

8) CD33 - 26 September 2014 7.45 malam.

9) CD37 - 30 September 2014 10.00 pagi.

10) CD50 - 13 Oktober 2014 11.30 pagi.

6 comments:

  1. lama x singgah... macam2 story tertinggal ni... hehehe... i pun dah gaji (senyum lebar...) ;-)
    Yani, mmg lambat period ya lps amik provera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...ntah la ST, aritu doktor cakap akan jadi sedikit dan spotting je. Takde plak dia kata jadi lambat. Nasib baik aritu masa appoinment klinik O&G, doktor scan dan nampak saiz dinding rahim tebal mcm nak period, berbunga-bunga balik hati...makan masa seminggu juga la baru period turun.

      Delete
  2. provera menatang apeee yani? hikhikhik

    jemput ke entry baru ida, almaklumlaaa bloglist rosak. ape pun tak boleh laa... hukhuhuk

    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Provera tu ubat hormon untuk stopkan period Yani, sebab nak rawat penyakit Endometrial Hyperplasia Yani ni...

      Eida, dah baca entri Eida tu semalam...aduh, sedapnya!! Kalau dekat, memang nak pergi cuba makan kat situ gak.... :)

      Delete
  3. Replies
    1. entri tahun 2014, saya dah tak ingat....maaf ye!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)