17 October 2014

Order Online Lifestream Aloe Vera

17 Oktober 2014.

Laju sungguh Caring Pharmacy hantar parcel Lifestream Biogenic Aloe Vera Juice yang aku order! Aku log order tengahari Rabu (kelmarin), petang Khamis (semalam) dah sampai kat opis. Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan.


Disebabkan aku tak kuasa nak pergi meround semua farmasi untuk cari stok Aloe Vera Juice ni, aku survey online order, dan jumpa di laman web Rakuten. Harga pun ok, plus postage dan delivery dengan GDEX, memang berbaloi dari beli kat farmasi sendiri.


Sebenarnya, stok Aloe Vera yang beli dan mula amalkan pada 17 September aritu masih ada banyak baki lagi. Memang berbaloi untuk supplemen lebih sebulan bagi kami suami isteri. Silap-silap boleh bertahan sampai sebulan setengah.

Rebiu peribadi aku; memang sesuai untuk melancarkan pelawasan buang air besar setiap pagi. Hari-hari lawas. Kebiasaannya kami suami isteri minum dengan dicampurkan dalam teamix Herbalife atau minum macam itu sahaja pada sebelah pagi sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur.


P/s: Ni botol kedua kami.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)