17 September 2014

Supplemen Diet : Lifestream Biogenic Aloe Vera Juice

17 September 2014.

Akhirnya jumpa juga produk Biogenic Aloe Vera Juice jenama Lifestream ni di Farmasi Caring AEON Bandaraya Melaka malam tadi. Itu pun kat rak diletak sebotol ni je! Mungkin farmasi saje nak cuba pasaran, sama ada ada permintaan atau tidak. Harga di bucu rak tertulis RM118.00 sebotol. Tapi dapat diskaun RM109.00 sebotol untuk 1.5L.

Cara pengambilannya adalah dengan dicampurkan dengan apa-apa jus minuman atau minum begitu sahaja. Nanti aku rebiu produk aloe vera ni lepas amalkan ye?



Macam mana aku tahu kewujudan produk aloe vera ni? 
Sebenarnya aku kenal melalui majalah berkonsep kesihatan iaitu Urbanhealth ni. Aku beli buku Urbanhealth ni kat kedai buku MPH (kedai buku lain pun ada kot? Kena rajin-rajinkan diri go thru buku-buku kat rak kedai buku tu ye). Buku ni pun murah je, RM4.50 senaskhah. Banyak info menarik ada dalam ni. Kalau selama ni aku banyak dapatkan info kesihatan dan nutrisi dalam Majalah RAPI dan Majalah iSihat, sekarang ni aku dah mula minat membeli dan membaca buku Urbanhealth ni pula.

Lagipun, buku Urbanhealth ni banyak artikel kesihatan yang mendapat pandangan pakar daripada doktor-doktor pakar hospital di Malaysia. Majalah ni pun mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.



Ni iklan berkaitan produk LIFESTREAM Biogenic Aloe Vera Juice yang berada dalam majalah Urbanhealth. Setakat ini, antara outlet-outlet yang dikatakan ada menjual produk LIFESTREAM Biogenic Aloe Vera Juice ni, aku hanya jumpa di Farmasi Caring je. Kat Guardian Melaka dan Seremban memang tak jumpa.

4 comments:

  1. yani, berapa banyak supplement yani ni? mcm banyak je yani ambik... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan yang bagus ST...huhu!
      Ni supplemen transit dari HL kepada supplemen lain, which means that Yani tengah slowly bertukar dari HL kepada produk lain. Macam Lifestream Aloevera ni Yani nak gantikan Aloevera HL. Nanti dah serasi, Yani stop la HL tu. Sebab fungsi dia lebih kurang sama je ;)

      Delete
  2. ni utk apa ni Yani, aloe vera ni?
    salute betul akak tgk orang yg rajin amik pelbagai supplemen ni. Akak ni, Vit E dari Dr Hamid tu ari pun tak abis lagi. Eh.. ?? Hahahah.

    Tu lah Yani..kita ni mmg kena buat pilihan. Sbb akak ni giler berjalan, byk sgt tmpt impian, maka, akak opt utk jalan2 puaskan hati dulu. So, terpaksa la stop treatment dulu. Thn dpn rasa nak treatment balik, tp rasa macam nak gi jalan2 lagi.
    Ah..entah lah.. haha. ikut hati je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa, aloe vera ni bagus untuk penghadaman, pelawasan sehari-hari kita. Sama je function macam aloevera HL tu. Saje je nak tukar angin (more to nak reduce expenses sebenarnya...hehe). So, kalau hari-hari lawas, kurang lah sikit perut bloated atau masalah sembelit (kalau jenis susah nak berak, kadang sampai 3-4 hari tak berak tu).

      Holiday je kak, jgn fikir apa org lain fikir pasal kita suami isteri. Duit kita, hak kita nak berjalan kemana pun, tak de usik duit orang. Yani ni buat treatment kat hospital kerajaan je, takde la banyak belanja sgt tapi macam biasa ler, menunggu giliran appointment yg lama. Kot dah datang seru, mana ler tahu Yani buat treatment kat swasta plak.....inshaAllah!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)