31 January 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Riadah Awal Pagi Chinese New Year


31 Januari 2014.

Maaflah kalau muak tengok gambar beriadah kami suami isteri hampir setiap minggu. Niat kami satu je, sekurang-kurangnya ada bukti kami pernah aktif beriadah bersama dan untuk sokongan motivasi suatu hari nanti. Manalah tahu sampai satu masa nanti hilang motivasi nak jadi sihat...siapa tahu, kan? Boleh la nanti belek-belek semula entri blog ni dan cari semula semangat yang hilang.

Kot ada yang terbaca blog ni, dan ikut sama termotivasi nak beriadah secara sihat (mungkin dengan pasangan masing-masing ke, tak pun untuk diri sendiri ke), apa salahnya kan? Alhamdulillah! Tak kisahlah untuk kesihatan (kekal sihat, turun berat badan) atau sekadar untuk cari idea aktiviti riadah yang dirasakan sesuai.

Rasa-rasanya, ada dua tiga blog yang ada sebut pasal blog Batik Pink ni terutamanya tentang aktiviti riadah, senaman dan diet, terharu sangat. Terima kasih ye, kawan-kawan !(awak tahu siapa yang dimaksudkan, kan? Ya...awak!) Jom sama-sama kita sihatkan badan. 

Sumber Gambar : Recycle Google

Pagi ni kami mulakan aktiviti berjalan kaki jam 8.00 pagi. Sampai semula di rumah jam 9.16 pagi. Senyap sunyi je kawasan kejiranan kami, yer la cuti umum dan kebanyakannya balik kampung sempena Chinese New Year ni. Cuti panjang kot? Sekarang ni musim angin bertiup kuat dan hawa dingin kan? Best bila keluar awal pagi beriadah sebab feeling-feeling macam kat Cameron Highland pun ada (Ops...rindu pula dengan Cameron, tempat percutian wajib kami setiap tahun...tahun 2014 ni tengah cari tarikh nak ke sana lagi).


Memandangkan petang tak ke mana-mana, suami isteri ni berjalan kaki lagi, ikut trek yang sama. Keluar dari rumah jam 6.00 petang, lagi beberapa minit nak masuk waktu Maghrib baru sampai depan rumah. Berpeluh...best!

2 comments:

  1. nak joging mmg kena kuat semangat dan rajin.. biasanya akak malas.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe KekDa, bersenam kat dalam rumah pun ok je. Janji keluar peluh dan badan sihat. Nasib baik ler bulan Jan-Feb ni jarang hujan, so tu yg grab peluang buat aktiviti kat luar rumah. Hujung tahun lepas kan selalu hujan je, banyak buat zumba dalam bilik je.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)