31 October 2013

Cabaran 90 Hari : Berkursus Dan Diet Herbalife



31 Oktober 2013.

Bersiaran langsung dari tempat berkursus, Nilai Springs Golf Club & Resort Hotel. Sampai tadi lebih kurang jam 5.30 petang dalam keadaan hujan lebat bermula dari exit Nilai membawa ke hotel.

Berkursus selama 3 hari sehingga hari Jumaat ini. Beg luggage besar dibawa, bukan berisi baju sangat pun tapi sumbat dengan macam-macam persediaan diet Herbalife. Buah-buahan, kurma, susu kambing, aloe, teamix, F1 dan F3 malah mesin Shake N Take. Huhu....diet tetap diet. 

Datang berkursus pun dengan kenderaan sendiri, walaupun jabatan sediakan kemudahan bas jabatan. Lebih senang dengan kenderaan sendiri, lagi-lagi nak berangkut air mineral yang hampir 17 liter tu....

Diet kekal macam biasa; pagi dan malam shake Herbalife, cuma tengahari makan nasi. Air minum sehari sekurang-kurangnya 6 liter. Dalam kereta siap masukkan kasut sukan incase petang ada waktu senggang, bolehlah beriadah. Rasa lemau pula bila tak dapat berzumba. Takpe-takpe, kita 'bayar' balik hutang bersenam hujung minggu ni...inshaAllah!

12 comments:

  1. yani 6 liter air tu termasuk air shake tu ke? banyaknya 6 liter air sehari. Xterkejar L. Ape kebaikannye lagi yani ambil 6 liter air dan sampai bile2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. L, 6 liter air masak tu tak termasuk air shake. Itu minimum, paling byk Yani pernah minum 1 hari sehingga 10liter...kebaikan yang yani dh alami, dah takde lagi urine infection mcm dulu2, keputihan dah hampir tak ada. Rasa2 nak kekalkan pengambilan 6 liter ni sampai bila-bila sebab dh nampak positive sides nya.

      Delete
    2. oh kena cuba ni.. so far dh berapa berat yani turun dr berat asal? wah bestnye L nk kene turunkan lg 5kg huhu

      Delete
    3. Yani start berdiet masa berat badan tertinggi yani 80.6kg, sekarang 64.2kg...dh masuk plateau stage, struggle untuk turun lagi ke berat ideal 53kg, so skrg tgh perbanyakkan aktiviti fizikal.

      Delete
    4. wah L mula2 dulu 56 skg dh 50-51 tapi target 45-47.. susah pula nk turun. Sebenarnya kita xnak turun berat sgt tapi nk badan tu xlembik. Kene banyak kardio exercise la kot.

      Delete
    5. Target L tak jauh sgt nak kejar...yani ni jauh lagi nak kejar, memang bukan short term punyer diet ni...makan tahun, tapi kena nekad la...

      Delete
  2. beshnya......
    dengan cite k.yani...nie wat semangat nak diet nie......

    ReplyDelete
  3. Anim, diet ni perlukan persekitaran yg positif....kalau surrounding dan org2 sekeliling banyak yg negatif, tergugat juga....boleh tapi lmbt dpt kesannya...

    ReplyDelete
  4. Samala kita!
    Check in selasa.arini dah check out.jap jea pon teman suami outstation.tp brg utk diet penuh beg.Ayuh kita trus berusaha lawan pcos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outstation bukan alasan tak berdiet....kena pandai jaga calorie intake la....bukan main baham semua walaupun mknn kat hotel tak dinafikan memang menarik....

      Delete
  5. Btol2 :-)
    Truskn usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tgk kawan2 yg dtg berkursus sama, masa waktu makan tu makan dengan tak terkawal dengan alasan 'time ni la nak rasa semua yg sedap2'.... :'(

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)