31 October 2013

Mak : Dialisis 3 Kali Seminggu

31 Oktober 2013.

Gambar masa melawat mak tengahari semalam sebelum bergerak ke Nilai menghadiri kursus. Masa dalam perjalanan ke hospital, kakak aku telefon beritahu ikutkan doktor pakar dah keluarkan surat discharge dan surat rujukan untuk proses dialisis di pusat dialisis luar (swasta) 3 kali seminggu.

Masa aku dengar tu, hati aku sedih sangat. 3 kali seminggu adalah indikasi tak elok, maksudnya buah pinggang mak memang dah makin rosak. Kakak aku kata maybe hold discharge dulu sebab kena cari dulu pusat dialisis baru boleh discharge.

Kami adik beradik ada pernah bincangkan, kalau betul mak kena buat dialisis sampai 3 kali seminggu, kena cari pusat dialisis yang boleh buka sampai malam atau ada masa rawatan yang fleksibel. InshaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kami dalam menjaga mak tersayang sampai akhir hayat mak.

Masa sampai hospital untuk hantar kipas dan makanan tengahari bibik, aku tengok muka mak makin sembab. Alahai.... :( Betullah orang kata, duduk di hospital dan dikelilingi orang sakit, kita (mak) akan makin jadi sakit. Lain auranya orang sakit di persekitaran sihat dengan persekitaran tidak sihat.

P/s: Ada hikmahnya aku masih duduk serumah dengan mak. Perancangan Allah tu adalah sebaik-baik perancangan kepada umatNya....

10 comments:

  1. Yani,xleh wat dialisis kat gov ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani pun x pasti, ni tengah survey juga both sectors (private / gov) provide what services...kalau nak buat di GH, kena queue dan priority lebih kepada pesakit yang duduk di wad GH sendiri.

      Delete
  2. Dulu arwah nenek saya pun wat dialisis juga, saya selalu temankan dia time tu. mmg siksa tgk mereka wat dialisis ni, lepas habis buat bdn jadi lemah sgt. Btw, yani leh minta bantuan dari zakat, diorang mmg ada sediakan bantuan untuk orang yang dialisis ni - so semuanya half price,jadi dapatlah yani sekeluarga berjimat. kalau perlukan bantuan leh contact rina, sbb adik rina penah keje kat pusat dialisis dulu. Semoga mak yani senitiasa kuat dan tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi bajet, should be no prob rina sebab mak pesara kerajaan. Rasanya ada cara untuk claim pd kerajaan cuma kena dahulukan duit kita dulu...cadangan bantuan zakat tu maybe yani boleh cadangkn pd siblings. InshaAllah, thanks in advance pd rina sebab sudi bantu yani..apa2 yani rujuk pd rina ye?

      Delete
  3. semoga mak yani cepat sembuh. 3x seminggu tu akan boleh berubah ke jadi sekali seminggu lepas ok nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani x pasti la L, belum pernah ada experience...maybe nnt yani try tanya doktor pakar nephro pasal kemungkinan rawatan dialisis berkurang atau tidak kalau bacaan buah pinggang makin baik...

      Delete
  4. shafakallah makcik.semoga Allah hilangkan kesakitan.inshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...terima kasih ye Iya....amin!

      Delete
  5. semoga mak yani cepat sembuh. insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...terima kasih ye Zura....memang berharap mak cepat sembuh...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)