03 June 2013

Normal Ke Kalau Macam Ni?

Sumber Gambar : Pakcik Google

3 Jun 2013.

Semalam last day untuk sesi BD secara intensif dan aktif mengikut arahan doktor klinik OnG. To be exact, CD10 hingga CD16 walaupun tak pasti masa tu ovulate ke tak. Untuk rekod, aku demam panas on and off sejak hari pertama makan Duphaston, sepanjang tempoh period dan makan Clomid dan juga waktu-waktu kritikal disarankan berBD. Demam panas, senak perut, pinggang lenguh, selesema, dan kepala rasa berat. Lengkap satu pakej, hampir sebulan lamanya.

Pagi tadi CD17 bangun je dari tidur, tetiba dah rasa breast pain. Aiks...takkan awal sangat dah ada tanda-tanda nak period semula? Biar betul? Selalunya, simptom breast pain muncul pada hari CD25 atau CD26. Ingatkan rasa ngilu dan bengkak tu sekejap sahaja, tapi ni dah masuk petang ni masih ada malah bertambah sakit. Yang menambah kerisauan dalam hati ni, tengahari tadi masa ke ladies, perasan ada setompok spotting pada pantyliner.

Nak juga tanya pada TTCian semua, kalau sudi jawap persoalan dalam hati sekarang ni, normal ke macam tu? Ini kali pertama usaha TTC dengan bantuan pil Clomid, banyak benda aku tak tahu. Telefon encik suami tadi, mengadu serba sedikit walaupun tahu tak banyak yang boleh dibantu, cuma perlukan dia mendengar luahan hati aku. Itu dah memadai.  

6 comments:

  1. spotting di waktu subur tandanya dah ovulate... telur tu dah pecah. pengalaman saya spotting tu dtg sekali dgn egg white..mcm lendir berdarah mcmtu...lebih kurang 3 - 4 hari camtu..
    tapi waktu subur saya xpernah lg breast pain...mungkin lain org lain simptomnya...insyallah xde apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag, spotting Yani ni lebih kurang mcm yang Mag explain tu "mcm lendir berdarah mcmtu"...tapi sekali je la semalam lepas tu dah tak de dah (so far sampai pagi ni la). Nak kena monitor kalau sehari dua ni ada spotting lagi. Tapi breast pain masih ada lagi, masuk hari ke-2.

      Delete
  2. madam pun tak pndai sngt la sayang...
    harap2 ada hadiah terindah nnt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Madam Lala, Yani pun saje tanya, mana tahu rakan2 lain ada pernah alami macam Yani alami skrg ni, leh juga jadi rujukan dan tanya pendapat. In shaa Allah, masin mulut Madam Lala la harapnya....

      Delete
  3. hmm.. mungkin betul ckp mag maybe tu ovulating spot.. K jarang dpt rasa breast pain... Sepanjang kawin, rasanya hanya sekali je K penah rasa breast pain yang nak pakai baju pun sakit.. yang lain2 tu just nyeri2 skit je.. or, maybe breast pain tu antara simptom perkabaran baik utk cycle ni... baby dust to u... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Puan K...Yani sambut baby dust yang Puan K taburkan tu....suka2! Malam tadi, ntah macam mana boleh sampai termimpi, my youngest sis yang Dr. tu confirmkan Yani preggy! (dalam mimpi tu, siatuasi dalam klinik, tapi yang kelakarnya adik Yani sendiri yang scan perut Yani). Huish...punya lah happy dalam mimpi tu....sedangkan dalam mimpi pun dah rasa bahagia, kalau betul2 berlaku....Allahuakhbar! Sujud syukur rasanya...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)