04 June 2013

Walaupun Hadir Sekadar Mimpi, Dah Cukup Membahagiakan

Sumber Gambar : Google

4 Jun 2013.

Mimpi. 
Bila perkataan mimpi disebut, pasti akan menyusul ayat ia hanya mainan tidur. Tapi pada aku, walaupun ia sekadar mimpi, cukuplah walau sekadar mimpi pun, sudah cukup membahagiakan. Malam tadi, aku bermimpi aku ada di sebuah klinik, dan dalam mimpi aku tu, adik aku (yg doktor) membuat imbasan di perut  aku. Adik aku tunjuk di mesin pengimbas tu, yang aku mengandung.

Ya Allah, seronoknya perasaan tu. Aku beritahu pada mak, mak tersenyum pada aku tanpa berkata-kata. Senyuman yang aku cukup faham, senyuman penuh kesyukuran. Bangun tidur pagi tadi, aku ceritakan balik pada suami pasal mimpi itu. Suami aku suruh berdoa sahaja semua akan jadi kenyataan, in shaa Allah.

Tak mengapalah ia sekadar mimpi. Aku sudah cukup bahagia. Andai kata Allah makbulkan doa kami berdua, in shaa Allah lebih bahagia hendaknya.

8 comments:

  1. Mudah-mudahan mimpi menjadi kenyataan..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak Nuriz...mudah-mudahan ada rezeki kita semua kan?

      Delete
  2. btul2..walaupun mimpi, dah ckup membahagiakan...
    bila mimpi camni , mula la berangan ..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, tipulah kalau tak berangan lepas dapat mimpi mengembirakan macam ni....tapi takut nak letak harapan setinggi gunung, takut tak terbela hati bila tak tercapai...

      Delete
  3. kadang mimpi ni pun boleh redakan stress...sebab bila mimpi yg kita suka, bangun pagi sure happy :-) (eh...ke tambah stress?? huhuhuhuhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth, inshaa Allah tak bertambah stress...malah meniupkan semangat untuk lebih berusaha dalam berTTC ni....sekarang ni pun mmg dalam mood happy.

      Delete
  4. ni mesti yani asik teringat pasal nak wat tvs yer.. Semoga mimpi indah ni menjadi kenyataan buat yani dan kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..macam mana Sizuka leh tahu ni? Kes TVS tu ada cerita disebaliknya Sizuka...meleleh airmata dalam kereta depan klinik tu sebab tak dapat buat TVS. Tak apa la, hubby Yani cakap kali ni kita usaha sama-sama dahulu, next cycle mungkin boleh buat preparation lebih rapi.....in shaa Allah, Yani pun doakan doa yang sama untuk kita semua, amin!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)