18 May 2013

Speman & Kapikachhu : Stok Baru

18 Mei 2013.

Waktu rehat tengahari semalam, ke outlet Himalaya di AOEN Bandaraya Melaka. Beberapa hari lepas, salesgirl outlet Himalaya tu ada call beritahu stok supplemen Speman dan Kapikachhu dah sampai. Awalnya aku nak tolak tapi tak sampai hati, haritu aku juga yang beria-ria tinggalkan no telefon dan suruh simpan stok. Aku minta staf Himalaya tinggalkan sekotak bagi setiap satu produk sebab nak tengok berapa harga yang diberikan.

Disebabkan dua barang tu bernilai RM95.80, salesgirl tu pelawa aku daftar sebagai ahli Himalaya dengan pembelian RM100 dalam satu resit. Aku blur masa tu, tak tahu nak ambil produk Himalaya apa lagi untuk genapkan nilai RM100 tu, terus salesgirl tu promote bodywash dan lotion jenama Himalaya. Kalau beli per item dengan harga biasa, satu botol bodywash berharga RM13.90 dan lotion RM20.90; tapi untuk promosi kali ni, ambik bodywash dan lotion, hanya perlu bayar RM19.90, banyak jimat kan??

Masa open bill, salesgirl tanya ada kad JJ ke? Aku pun kata ade, dia kata boleh dapat diskaun lagi kalau tunjukkan kad JJ masa beli barang...eh! Ini sudah lebih dari bagus ni....Banyak juga diskaun yang diberi. Untuk empat produk Himalaya kali ni, aku cuma dikenakan bayaran sebanyak RM101.80. 

Pembelian di outlet Himalaya, setiap ringgit yang kita belanjakan, boleh dapat diskaun tau. Contohnya, untuk pembelian diantara RM30-59(ni anggaran sahaja), dapat kupon diskaun RM10 untuk pembelian seterusnya. Kalau belanja diantara RM60-100, dapat kupon diskaun RM20. Jadi, untuk pembelian aku lain kali, dah boleh dapat diskaun RM20, ikut seperti yang salesgirl tu explain semalam.

P/s: Semalam juga restok 10 botol susu kambing Nubian di AEON Bandaraya Melaka. Hurm...nampaknya tak de pilihan lain, setakat ni hanya jumpa susu kambing Nubian di AOEN Bandaraya Melaka dan Ayer Keroh je.

5 comments:

  1. Ari ni pun restock susu kambing nubian.. sy pulak setakat ni jumpa kat aeon big alamanda jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga ye bila tak banyak tempat yg tolong jual susu kambing ni...yani belum bersedia lagi nak cuba susu paket higoat tu...

      Delete
    2. Susu paket hi-goat pun sedap jugak yanie.. ni pun sama, no goaty taste.. brand lain sy pernah try, rase kambing..

      Delete
    3. Oh ye ke, nnt yani cuba susu kambing higoat pula la,sizuka pernah dengar susu kambing Salizzi? Yani ade like di FB page dia, tgk mcm ade servis penghantaran terus ke rumah/pejabat...minimum 12botol...tapi nnt yani cek balik area mana dia cover delivery tu....

      Delete
    4. yap, pernah tgk kat fb dia.. tp x pernah try lg..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)