17 Mei 2013.
Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari
Dari CD25 (4 Mei 2013) breast pain, CD33 (12 Mei 2013) mula makan ubat Duphaston sampai semalam CD37 (16 Mei 2013), semalam juga dah hampir hilang nyeri breast pain. Sekarang menghitung hari Puan P sampai. Lalala.....
Mood swing sepanjang makan ubat Duphaston, nauzubillahi min zalik! Dua kali sentap dengan encik suami; silap cakap sedikit, aku jadi bad mood. Nada suara encik suami 'naik' sedikit masa berbual dalam telefon, pun boleh jadi gaduh. Semua serba tak kena, kelmarin bergaduh, malam tu baik semula. Petang semalam gaduh balik, malam tadi baik semula. Ya Allah, aku banyak cakap benda-benda yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang isteri. Baru nak tidur, tiba-tiba meleleh airmata kat dada suami. Fikir yang bukan-bukan.
Start makan ubat Duphaston tu badan demam. Semalam memang dah tak boleh tahan lagi, terus MC. Lepas Subuh, sms bos, unit pentadbiran dan staf yang berkaitan dengan skop kerja, lepas tu terus off hp. Malas nak jenguk hp. Kepala sakit, badan sakit, rasa seram sejuk dan pinggang rasa lenguh sangat. Lepas encik suami pergi kerja, terus selimut satu badan dan tertidur balik. Pukul 11 pagi, tersedar balik tapi kepala rasa berat. Satu benda pun tak boleh buat.
Bibik pelik aku tak pergi kerja semalam, sampai ketuk bilik tanya badan tak sihat ke? Aku kata aku demam panas, tak sihat. Bibik kata period tak? Aku kata belum lagi. Bibik siap boleh kata, entah-entah demam panas nak ade isi kot? Aku tak balas apa-apa, sebab aku tahu belum ada apa-apa, dua kali test UPT (sebelum makan duphaston dan semasa makan duphaston) dan keputusan tetap sama. Jadi, aku sekarang fikir nak period je dan berharap sangat mood swing ni cepat habis.

hye im new in ttc..share your spirit with me please...im pray for your cepat2 dpt dpt baby =)
ReplyDeleteTq ye, yani pun doakan sama utk u dan ttcians yg lain...inshaaAllah semoga dipermudahkan usaha kita semua... ;)
Delete