04 April 2013

Cerita Semalam Yang Perlu Dicatat

4 April 2013.

Semalam, 3 April 2013 (Rabu) mula rasa breast pain macam tanda nak period. 

Semalam juga, aku terpaksa minta keluar pejabat awal untuk uruskan admission mak ke GH Melaka semula berikutan panggilan telefon daripada GH Melaka sebab bacaan garam pottosium dalam darah mak tinggi dari sepatutnya. Kali terakhir mak masuk wad adalah pada bulan Januari lepas.

Aku bawa mak ke unit kecemasan selepas jam 2 petang, buat ujian darah dan dimasukkan ubat, akhirnya mak dimasukkan ke wad jam 7.40 malam. Letihnya hanya Allah sahaja yang tahu, ke hulu ke hilir uruskan hal admission mak.

P/s: Hari ni dah mula mengejar masa ke GH Melaka untuk jenguk mak dan lihat progress mak pada waktu rehat tengahari. Nyawa di atas jalan....


6 comments:

  1. Yani, hati2 di jalan raya. Smg ur mom cpt sembuh ya... Take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth : Thanks ye doakan...Yani ni dengan badan dedau rasa nak demam bila breast bengkak, gagahkan juga sebab nak uruskan hal mak di hospital.

      Delete
  2. Semoga Allah permudahkan segalanya, InshaAllah.. yakinlah pada segala dugaan dia utk kau Ida.. Allah tahu kau boleh pikul semua ni.. Salam to your mom k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiera : Inshaa Allah and thanks alot dear...bukan tak sedih my mom asyik masuk keluar wad, tapi kami adik beradik kena kuatkan semangat dan sentiasa buat mak ceria, kalau tak mak rasa membebankan anak2 which is truly wrong.

      Delete
  3. Yani
    smoga mak yani semakin sihat dan ceria :)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)