31 December 2010

Selamat Datang 2011

Kurang sejam dari sekarang, tahun 2010 akan berakhir dan tahun 2011 akan datang mengetuk pintu kehidupan aku. Kepada tahun 2010, terima kasih kerana telah banyak mewarnai kehidupanku baik dengan kenangan manis mahupun kenangan pahit.

Azam tahun 2011 ini lebih cenderung kepada memperbaiki diri ke arah kebaikan dan mencapai segala-galanya yang tidak tercapai pada tahun 2010.

30 December 2010

Berdua Itu Indah

Memula tu memanglah cadangnya nak pergi berendam dalam kolam air panas awal-awal pagi, tapi sang suami dan sang isteri dah kesiangan. Hehehe...dah tu, dah siap nak bertolak ke Jasin, mak pula pesan suruh beli macam-macam. Akhirnya kul 10.40 pagi baru nak bergerak ke kolam air panas. Sampai pula di area Gangsa aku tepuk dahi.....toiletries tak bawak! Adusss.....terpaksalah singgah ke Mydin Ayer Keroh untuk beli sabun mandi dan syampu. Aku ambik jer head to toe baby wash, senang cerita... tapi suami gelakkan aku.

Sampai di Kolam Air Panas Bemban, Jasin kira-kira pukul 11 lebih, kitaorunk terus berendam dalam kolam renang dulu. Sejuk la pulak! Aku ajak suami cuba kolam-kolam air panas yang ada di situ. Lama juga suami berendam macam tak mahu keluar lak dari kolam tu...hehhee....seronok juga dapat keluar berdua dengan suami macam ni.

Bila dah masuk pukul 1 petang, kitaorunk naik untuk makan sekejap, kebetulan aku ada bawa puding triffle yang aku dah buat malam tadi untuk suami. Lepas tu, suami aku berendam semula, aku sambung makan nasi lemak yang beli awal pagi tadi. Seronok pula tengok ramai famili bawa anak-anak mandi manda kat situ.

Nyum, nyum....

Jam 2 petang, aku ajak suami balik dan pergi ke kedai tayar di Cheng Hights untuk tukar kedua-dua tayar depan sebab bunga tayar dah haus. Lama gile tunggu budak pomen tu tukar tayar kereta aku tu, sampai letih aku duduk tunggu kat kerusi yang tak berapa nak empuk tepi kedai tu. Nasib baik ada suami teman berbual sambil jeling-jeling tengok apa pomen tu godekkan bawah kereta aku tu. Selesai je kereta aku dibaiki, jam dah tunjuk pukul 5.30 petang. Aduh...lamanyer!



Sambil layan mood ke'boring'an, ambil gambar bukit depan kedai tayar ni.


Ini jari suami....


Saje-saje bandingkan jari aku dengan suami, ternyata aku kalah!

Perut pun dah berbunyi-bunyi tanda lapar. Kitaorunk pun menuju ke Melaka Mall untuk tonton wayang Tron. Masa nak cari tempat parkir tu, ada la insiden yang menyakitkan hati kitaorunk. Perempuan cine tua yang tengah cari parking, meluru depan kereta kitaorunk sebab ingat kitaorunk nak ambil parking kat depan tu. Hello? Macam siyal je! Aku masa tu tak de mood nak melaser, suami aku dah bising-bising dah. Nasib baik tak sampai seminit, aku dapat parking betul-betul selang sebaris dari kereta perempuan cine tu. Cine tu jalan depan aku masuk Melaka Mall, bila dah masuk tu nampak ramai sangat orang dan penuh dengan barang-barang. Rupa-rupanya ada Parkson Megasale. Patutlah cine tu mengelitis nak tempat parking tu! Aku dah dapat idea, terus aku jalan seiring dengan perempuan cine tu, pastu aku saje kuatkan suara buat-buat cakap dengan suami "Patutlah macam orang tak betul je, rupanyer nak kejarkan sales kat Parkson! Cine pun sama macam orang tak betul nak shopping erk? Cine tu pandang jer aku, tapi aku buat-buat tak pandang dia. Padan muke!

Lepas je beli tiket wayang di MBO Cinema, kitaorunk terus ke level bawah food court untuk makan petang. Sambil-sambil tu tengok gelagat orang tengah bershopping sakan. Macam-macam ragam dapat aku tengok, lepas makan aku saje-sajer browse di kawasan handbag...dan inilah hasilnya!

Cuba-cuba jer, belinya tak jugak...huhu. Pierre Cardin RM 350 lebih dapat diskaun hingga RM160 lebih. Tapi serius, aku terpikat pada pandangan pertama dengan design beg ni!


Sempat lagi cam-whoring dalam lif...ahaks!


Aku makan nasi goreng cendawan dan ABC, suami pula makan nasi goreng ayam dan air teh lemon.


Tiket wayang Tron....best juga filem ni. Tak menyesal la beli tiket wayang ni. Tapi, masa tengok skrin tempat duduk wayang, termasuk aku dan suami, lebih kurang 12 orang jer dalam wayang tu...giler sejuk!! Lemak-lemak aku tak dapat dibakar dengan sempurna..hehehe.


Muka feeling-feeling seronok dapat bergambar dengan Mr Snowman.....hehu!


berposing dalam MBO Cinema...

28 December 2010

Cuti Dah Lulus..Hoyeaah!

Cuti aku untuk esok (Rabu) dah diluluskan. Alhamdulillah!

Apa rancangan untuk esok? Semestinya nak bermanja-manja dengan suami yang kebetulan cuti juga esok. Malam ni dia akan balik terus ke Melaka dari tempat kerjanya di Seri Kembangan. Dah berjanji dengan dia nak gi mandi kolam air panas di Taman Rekreasi Air Panas Jasin, Bemban. Dari sebelum kawin aku dah ajak dia gi mandi di situ, tapi selepas kawin baru berkesempatan pergi berdua. Ni kira cover balik tak dapat mandi sama-sama di Ulu Bendul hari tu la, hehehe.....

Dulu aku pernah buat entri tentang Kolam Air Panas Bemban dan pernah cerita pengalaman mandi manda di situ dengan famili dan anak-anak buah aku. Beberapa minggu lepas pun aku ada ke sana dengan famili. Banyak perubahan dan penambahbaikan kemudahan yang dah ada di situ. Nanti bila balik dari mandi manda esok, aku masukkan beberapa gambar untuk tatapan korunk ye? InsyaAllah!....


Tak sabarnya nak swimming dengan suami kat sini!

Sumber gambar : dari Internet (http://kbdunbemban.blogspot.com)

Tadi masa sms dengan suami, dia minta buatkan puding trifle untuk dia malam ni. Herm, sekejapan dah terlupa resepinya, nasib baik masih simpan dalam telefon resepi puding tu. Ha, lepas kerja ni kenalah singgah sekejap ke Mydin, nak cari bahan-bahan untuk aktiviti memasak malam ni.


Rasanya kena beli Swiss Roll yang sedap, tapi mahal sikit la. Ada Swiss Roll yang murah, tapi bau hapak...herm!

Sebulan...4 kali tengok wayang. Kaya tokei wayang tu kan? Huhuhu

Lepas kawin ni, dah jadi macam satu kebiasaan pula, setiap kali suami cuti, aku selalu ajak suami pergi menonton wayang. Itu je hari dapat keluar bersama atau berdating. Kalau tak di panggung wayang Melaka, mesti tonton wayang di Seremban. Tak kisah la sama ada MBO ke, GSC Cinema ke mahupun TGV Cinema....semua wayang kitaorunk masuk, hehehe.....dan biasanya kitaorunk pergi tonton midnite. Kalau sebelum kawin, tak pernahnyer dapat tonton wayang lewat-lewat malam ni. Berdating dari tengahari sampai maghrib, pastu masing-masing balik rumah, sorunk Melaka, sorunk Seremban. Itu je kitaran dating kitaorunk selama hampir 9 tahun bercouple.

Sekarang ni dah kawin, mak aku dah tak kisah sangat aku keluar malam, sebab dah ada yang menemani, siapa lagi kalau bukan suami sendiri. Rasa macam bercinta sakan pula lepas kawin! Huhuhu....

27 December 2010

Jom Mengundi PRU Ke-13

Hah! Memandangkan sudah keluar pekeliling meminta semua ketua jabatan dan pengarah jabatan kerajaan negeri memastikan semua kakitangan mendaftar dan menyemak status daftar pemilih bagi persediaan PRU Ke-13 nanti, apa kata kita sama-sama semak bagi diri masing-masing?

Jika nak tahu lebih lanjut isu-isu berkaitan Pilihan Raya Umum dan yang seangkatan dengannya, klik di sini:



Jika nak semak daftar pemilih sama ada korunk telah mendaftar dan lokasi membuang undi korunk, boleh klik di sini:



Haa...jangan tahu merungut dan mengutuk kerajaan je bila timbul isu-isu yang tidak memihak kepada rakyat, gunakan peluang semasa pilihanraya akan datang untuk memilih calon pemimpin yang berhak dan tahu buat kerja. Mengutuk kerajaan bagai nak rak tapi diri sendiri tak pernah mendaftar, apa daahh!!

p/s: aku dah lama daftar dan mengundi, korunk bila lagi?

25 December 2010

Bulan Madu Ekspress

Stress sampai rasa nak baring atas jalan raya jer...huhuNak gi bercuti-cuti Malaysia dengan suami..ASAP!!

Haritu dah berbincang dengan suami, nak ambil cuti 2-3 hari untuk gi berbulan madu ekspress. Bukan apa, aku jadi macam stress dan semangat bekerja makin menurun sebab beban kerja hujung-hujung tahun ni. Sampai satu tahap, aku cakap pada diri sendiri "Kalau nak ngadap kerja, sampai mati pun kerja tak pernah habis"...

Lokasi tak pasti lagi, aku tengah survey-survey tempat percutian yang tak memakan kos perbelanjaan yang banyak dan yang paling penting, tak leceh nak packing barang! Memula haritu ingat nak naik balik Cameron Highlands, tapi bila banyak sangat kes-kes kemalangan jalanraya di situ, cuak juga nak pergi. Tak perlah, mungkin boleh gi bercuti di tempat peranginan lain.

Suami pun bukan boleh bercuti lama-lama. Mungkin cari lokasi bercuti yang berhampiran dengan Melaka dan Negeri Sembilan. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, nak cuba mohon cuti hujung bulan depan...harap-harap bos luluskan cuti aku tu. Herm......ilham oh ilham!

Mandi Manda Di Ulu Bendul


Macam biasa hujung-hujung minggu ni balik rumah mertua di Seremban. Nilah aktiviti aku selepas kahwin, bahagikan masa antara famili di Melaka dan di Seremban. Al-maklum lah kan, aku ngan suami tak duduk serumah sebab masing-masing kerja berlainan negeri. Jadinya, sepanjang Isnin hingga Jumaat, aku duduk dengan mak di Melaka. Malam Jumaat baru bergerak balik ke Seremban dengan suami, tu pun berlainan kenderaan. Dia bawa kereta dia, dan aku dengan kereta chomel aku tu. Sangat tak romantik ok?
Kebetulan, minggu ni walaupun cuti Krismas, suami aku tak bercuti dan kena kerja macam biasa dari pagi sampai malam. Tinggal la aku survive sorang-sorang kat rumah mertua. Pagi-pagi tadi kul 6 pagi, aku dah turun ke dapur memasak makaroni goreng daging untuk buat bekal suami ke opis. Mak mertua siap tegur, awal dah turun ke dapur, aku jawap yang suami aku kerja awal pagi ni, jadi nak bekalkan dia sedikit makanan. Nasib baik senang nak cari bahan-bahan memasak kat dapur mertua, pantas skit kerja aku memasak.
Lepas suami gerak, mertua bagi tahu nak bawa anak-anak buah mandi manda di Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Jadi, sebelum gerak, aku bantu diorunk sediakan sandwich dan barang-barang nak berpiknik. Perjalanan ke Ulu Bendul dari Seremban memakan masa hampir setengah jam atau lebih kurang 25km. Sampai je di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, dah ramai pelawat datang bersama-sama keluarga masing-masing. Kami masuk hingga ke bahagian dalam hutan rekreasi tempat kebiasaan keluarga mertua aku selalu pilih.
Juram dengan air yang agak deras dan sejuk

Dengan anak-anak buah suami

Tak sanggup nak berendam satu badan, sejukk!!! Cecah-cecah kaki like-like jer..hehehhe

Tak syok betul bila berjalan-jalan tanpa suami ni. Dah dapat bercuti sabtu ahad, dia pula kena kerja. Redha jer la....herm!

24 December 2010

Makan Malam Dengan Bonda


Dengan budak baru sunat..hehehe
Mak buat muka bila Haqimi snap gambar mak...heheh
Sengih jer Haqimi walaupun nenek dok berleter dengan dia....tak reti duduk diam!

Saje nak buat entri untuk famili aku pula, walaupun cerita ni berlaku malam kelmarin.
Malam kelmarin mak tak sihat sangat, kaki mak kembali membengkak dan penyakit tiriod mak menyerang semula. Tekak mak susah nak telan makanan waima nak teguk air sekalipun. Balik dari opis aku dah rasa letih nak masak, jadi aku cadang nak bawak mak dan anak-anak buah makan malam di luar.

Fikir punya fikir, akhirnya aku bawa diorunk ke kedai makan tomyam di Pantai Puteri sebab mak kata mak dah jelak asyik makan ayam. Takper lah, layankan jerlah selera mak malam ni.

Sepanjang perjalanan mak buka cerita pasal adik beradik aku. Mak menangis masa bercerita. Aku? Dah tak kuasa nak menangis, biarlah aku telan semua masalah ni sorang-sorang. Orang tak faham pengorbanan kita, apa yang dia nampak hanyalah keburukan diri kita. Takper lah, aku beralah demi kebaikan mak. Selagi mak hidup, aku akan sedaya upaya berada di samping mak, temankan mak kat rumah. Aku nekad, kalau mak dah tak ada nanti, aku akan keluar dari rumah mak dan ikut suami walau ke mana pun suami nak.

Mungkin adik beradik rasa aku hanya menyusahkan mak dari sebelum kawin sampailah saat dah jadi isteri orang. Masih tinggal di rumah mak dan menyusahkan mak. Biarlah....diorunk tak rasa apa yang aku rasa selama ni. Hidup aku ditentukan oleh diorunk, semua nak aku pegang tanggungjawab duduk temankan mak di Melaka. Tapi aku tak kisah sebab berkat doa mak siang malam, memang rezeki aku murah di Melaka. Dari mula kerja sebagai kerani sehingga dapat kerja tetap sebagai penjawat awam, rezeki aku Allah dah tetapkan di Melaka ni.

Aku lagi suka dapat duduk dengan mak sampai saat ni, bergaduh dengan mak tu memang lah ada, tapi degil-degil aku ni, mak lah tempat aku nak bermanja dan mengadu nasib. Aku bersyukur dapat suami yang memahami dilema aku, dan dia pun galakkan aku duduk dengan mak di Melaka selagi dia tak bertukar kerja di Melaka.

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Alhamdulillah....malam tadi berjaya juga masak lauk kegemaran suami. Dalam entri terdahulu ada cerita pasal beli bahan-bahan nak masak lauk ni di Mydin.

Balik dari opis, berehat sekejap lepas tu ke dapur.
Tengok-tengok mak dah siap gorengkan ikan pari yang beli tadi. Alamak....baru ingat nak buat semua tu sendiri. Mak pula dah siap mesinkan bawang merah, bawang putih dan halia (bahan nak ditumis). Apa lagi? Bergegas la ke dapur nak take over kerja mak..hehehe....

Macam biasa, mak sebut apa nak masuk step by step, aku jadi chef pegang senduk. Lepas siap masak lauk asam pedas tu, aku sambung masak sayur bayam masak air. Dan hasilnya...


Tadaaa.....!!
Sementara tunggu suami balik dari kerja, lepak-lepak atas katil sambil layan filem hindustan "Robot" lakonan Rajinikanth dan Aishwarya Rai. Tapi tak habis tengok pun sebab mata dah berat. Buka je contact lens, lepas tu mmg tak nampak apa dah..kabur jer! Heheh.... Tahu-tahu jer dah lelap depan laptop. Terkejut pun sebab dengar bunyi tingkap bilik kena ketuk...Isk, berdebar hati bila terbangun dari tidur mengejut macam ni! Rupa-rupanya suami dah sampai rumah, mungkin masa ketuk pintu rumah tak berjawap, tu yang dia ke tingkap bilik tidur kitaorunk dan ketuk tu...Huhu...

Aku cepat-cepat kemas katil, simpan laptop pastu ke ruang tamu nak buka pintu. Suami sengih je tengok muka aku macam terpisat-pisat. Ikut dia masuk bilik. Mula-mula aku suh dia gi mandi dulu bersihkan badan, tapi dia ajak makan dulu. Kesian! Mungkin dia lapar sangat tak makan lagi dari petang. Dia mengekori dari belakang sama-sama ke dapur.

Bertambah dua pinggan suami makan malam tadi! Alhamdulillah, dia puji sedap. Tapi yang kelakarnya, berair hidung dia makan lauk asam pedas tu. Terlebih lada hitam la agaknya tu! Sedangkan suami yang asal dari Negeri Sembilan pun dah kepedasan, aku ni yang tak makan pedas lagi la mengelintin menahan pedas! Aisehmen, lain kali, kena kurangkan sama ada lada hitam atau cili kering mesin dalam lauk asam pedas ni...

Yang terharu tu, dia siap kata 'Best sayang masak, sedap macam masakan Mummy (mak mertua)'. Lega hati bila dengar suami suka masakan yang aku masak. Ni yang makin bersemangat nak belajar memasak lauk pauk yang suami suka makan. Tengok suami makan malam tadi, aku dari rasa lapar terus rasa kenyang. Bersungguh-sungguh betul dia makan. Aku saje usik dia " Ni puji sebab lapar ke atau memang sedap?" Hehehe...

23 December 2010

Masak dan Filem Tipu Kanan Tipu Kiri


Bermulanya demam 'gila-nak-memasak'.
Habis semua blog-blog otai memasak aku dah jelajahi. Ternampak je resepi yang menarik, aku dah berkira-kira nak mencari bahan untuk mencuba resepi tu. Gara-gara nak memikat selera dan perut suami, aku turutkan juga la.

Nasib baik mak ada lagi, adalah tempat nak berguru bab-bab memasak ni.
Mak kata, 'Memasak ni kena selalu-selalu, baru pandai!'Kalau baru sekali dua cuba, memang la banyak kekurangannya. Adalah satu dua resepi yang aku ulang buat, baru dapat kesan apa bahan yang perlu ditambah atau dikurang untuk sedapkan rasa masakan. Alhamdulillah, suami yang selalu jadi food tester komen sedap.



Minggu lepas ada cuba masak lauk daging masak lemak cili padi dengan kentang. Tu pun berguru dengan mak juga. Aku sediakan bahan, mak sebut...aku masukkan dalam periuk. Sambil kacau lauk, mak pesan macam-macam. Tambah sayur campur goreng cendawan dalam hidangan, bertambah juga mak makan...hurm!


Malam ni rasa nak masak asam pedas ikan pari, sebab suami cakap ikan pari ikan kegemaran dia. Sayur pula, aku cadang nak buat sayur bayam masak air, kebetulan tu sayur kegemaran aku dan suami. Sayur lain suami aku tak makan sangat, cerewet! Jadi, pukul satu masa rehat tadi, aku berkejar-kejar ke Mydin membeli bahan mentah seperti ikan pari dan daun kesum. Lawak la bile diingat balik cerita aku mencari daun kesum kat Mydin tadi...huhu.

Aku dok tolak troli cari papan yang tulis 'daun kesum', pusing-pusing tak jumpa juga...nampak satu daun ni, macam daun kesum tapi dia tulis 'laksa leaf', isk...aku ingatkan bukan daun tu, jadi pusing lagi. Masuk kali ketiga, jenuh aku terjengah-jengah kat bahagian sayur tu, aku pergi semula kat bahagian 'laksa leaf' tu, aku ambil pastu hidu-hidu daun tu. Bau sama macam daun kesum yang mak aku selalu masukkan dalam lauk. Tawakal jer la...aku terus ambil dan bayar di kaunter.

Balik ke pejabat, aku google gambar 'daum kesum'....lor, wikipedia siap tulis daum kesum dalam bahasa Inggeris disebut 'laksa leaf'. Sib baik..haha...nampak sangat tak pandai masak, daun kesum pun tak kenal....


Beberapa hari lepas aku ada ambil filem 'Tipu Kanan, Tipu Kiri' dari komputer kawan. Sebenarnya filem ni dah keluar lama (kalau tak silap tahun 2008), tapi baru sekarang aku terbuka hati nak tonton. Layan filem ni before tidur, tak sangka lagu-lagu dalam filem tu melekat dalam otak sampai sekarang.

Pada aku, pelakon-pelakon dia aku tak de la minat sangat tapi lagu-lagu dalam filem tu catchy bila dengar berulang-ulang kali. Sampai aku cari lagu ost "Tipu Kanan, Tipu Kiri" seperti 'Tipu Kanan, Tipu Kiri' dan 'Lihat Matamu' nyanyian Titi Kamal dan Natasha Hudson di internet. Dan sekarang dah jadi halwa telinga aku setiap detik semasa bekerja...hilang tensen bila dengar lagu-lagu ini, hehe.