Memula tu memanglah cadangnya nak pergi berendam dalam kolam air panas awal-awal pagi, tapi sang suami dan sang isteri dah kesiangan. Hehehe...dah tu, dah siap nak bertolak ke Jasin, mak pula pesan suruh beli macam-macam. Akhirnya kul 10.40 pagi baru nak bergerak ke kolam air panas. Sampai pula di area Gangsa aku tepuk dahi.....toiletries tak bawak! Adusss.....terpaksalah singgah ke Mydin Ayer Keroh untuk beli sabun mandi dan syampu. Aku ambik jer head to toe baby wash, senang cerita... tapi suami gelakkan aku.
Sampai di Kolam Air Panas Bemban, Jasin kira-kira pukul 11 lebih, kitaorunk terus berendam dalam kolam renang dulu. Sejuk la pulak! Aku ajak suami cuba kolam-kolam air panas yang ada di situ. Lama juga suami berendam macam tak mahu keluar lak dari kolam tu...hehhee....seronok juga dapat keluar berdua dengan suami macam ni.
Bila dah masuk pukul 1 petang, kitaorunk naik untuk makan sekejap, kebetulan aku ada bawa puding triffle yang aku dah buat malam tadi untuk suami. Lepas tu, suami aku berendam semula, aku sambung makan nasi lemak yang beli awal pagi tadi. Seronok pula tengok ramai famili bawa anak-anak mandi manda kat situ.
Nyum, nyum....
Jam 2 petang, aku ajak suami balik dan pergi ke kedai tayar di Cheng Hights untuk tukar kedua-dua tayar depan sebab bunga tayar dah haus. Lama gile tunggu budak pomen tu tukar tayar kereta aku tu, sampai letih aku duduk tunggu kat kerusi yang tak berapa nak empuk tepi kedai tu. Nasib baik ada suami teman berbual sambil jeling-jeling tengok apa pomen tu godekkan bawah kereta aku tu. Selesai je kereta aku dibaiki, jam dah tunjuk pukul 5.30 petang. Aduh...lamanyer!
Ini jari suami....
Saje-saje bandingkan jari aku dengan suami, ternyata aku kalah!
Perut pun dah berbunyi-bunyi tanda lapar. Kitaorunk pun menuju ke Melaka Mall untuk tonton wayang Tron. Masa nak cari tempat parkir tu, ada la insiden yang menyakitkan hati kitaorunk. Perempuan cine tua yang tengah cari parking, meluru depan kereta kitaorunk sebab ingat kitaorunk nak ambil parking kat depan tu. Hello? Macam siyal je! Aku masa tu tak de mood nak melaser, suami aku dah bising-bising dah. Nasib baik tak sampai seminit, aku dapat parking betul-betul selang sebaris dari kereta perempuan cine tu. Cine tu jalan depan aku masuk Melaka Mall, bila dah masuk tu nampak ramai sangat orang dan penuh dengan barang-barang. Rupa-rupanya ada Parkson Megasale. Patutlah cine tu mengelitis nak tempat parking tu! Aku dah dapat idea, terus aku jalan seiring dengan perempuan cine tu, pastu aku saje kuatkan suara buat-buat cakap dengan suami "Patutlah macam orang tak betul je, rupanyer nak kejarkan sales kat Parkson! Cine pun sama macam orang tak betul nak shopping erk? Cine tu pandang jer aku, tapi aku buat-buat tak pandang dia. Padan muke!
Lepas je beli tiket wayang di MBO Cinema, kitaorunk terus ke level bawah food court untuk makan petang. Sambil-sambil tu tengok gelagat orang tengah bershopping sakan. Macam-macam ragam dapat aku tengok, lepas makan aku saje-sajer browse di kawasan handbag...dan inilah hasilnya!
Cuba-cuba jer, belinya tak jugak...huhu. Pierre Cardin RM 350 lebih dapat diskaun hingga RM160 lebih. Tapi serius, aku terpikat pada pandangan pertama dengan design beg ni!
Sempat lagi cam-whoring dalam lif...ahaks!
Aku makan nasi goreng cendawan dan ABC, suami pula makan nasi goreng ayam dan air teh lemon.
Tiket wayang Tron....best juga filem ni. Tak menyesal la beli tiket wayang ni. Tapi, masa tengok skrin tempat duduk wayang, termasuk aku dan suami, lebih kurang 12 orang jer dalam wayang tu...giler sejuk!! Lemak-lemak aku tak dapat dibakar dengan sempurna..hehehe.
Muka feeling-feeling seronok dapat bergambar dengan Mr Snowman.....hehu!
berposing dalam MBO Cinema...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)