28 December 2010

Cuti Dah Lulus..Hoyeaah!

Cuti aku untuk esok (Rabu) dah diluluskan. Alhamdulillah!

Apa rancangan untuk esok? Semestinya nak bermanja-manja dengan suami yang kebetulan cuti juga esok. Malam ni dia akan balik terus ke Melaka dari tempat kerjanya di Seri Kembangan. Dah berjanji dengan dia nak gi mandi kolam air panas di Taman Rekreasi Air Panas Jasin, Bemban. Dari sebelum kawin aku dah ajak dia gi mandi di situ, tapi selepas kawin baru berkesempatan pergi berdua. Ni kira cover balik tak dapat mandi sama-sama di Ulu Bendul hari tu la, hehehe.....

Dulu aku pernah buat entri tentang Kolam Air Panas Bemban dan pernah cerita pengalaman mandi manda di situ dengan famili dan anak-anak buah aku. Beberapa minggu lepas pun aku ada ke sana dengan famili. Banyak perubahan dan penambahbaikan kemudahan yang dah ada di situ. Nanti bila balik dari mandi manda esok, aku masukkan beberapa gambar untuk tatapan korunk ye? InsyaAllah!....


Tak sabarnya nak swimming dengan suami kat sini!

Sumber gambar : dari Internet (http://kbdunbemban.blogspot.com)

Tadi masa sms dengan suami, dia minta buatkan puding trifle untuk dia malam ni. Herm, sekejapan dah terlupa resepinya, nasib baik masih simpan dalam telefon resepi puding tu. Ha, lepas kerja ni kenalah singgah sekejap ke Mydin, nak cari bahan-bahan untuk aktiviti memasak malam ni.


Rasanya kena beli Swiss Roll yang sedap, tapi mahal sikit la. Ada Swiss Roll yang murah, tapi bau hapak...herm!

Sebulan...4 kali tengok wayang. Kaya tokei wayang tu kan? Huhuhu

Lepas kawin ni, dah jadi macam satu kebiasaan pula, setiap kali suami cuti, aku selalu ajak suami pergi menonton wayang. Itu je hari dapat keluar bersama atau berdating. Kalau tak di panggung wayang Melaka, mesti tonton wayang di Seremban. Tak kisah la sama ada MBO ke, GSC Cinema ke mahupun TGV Cinema....semua wayang kitaorunk masuk, hehehe.....dan biasanya kitaorunk pergi tonton midnite. Kalau sebelum kawin, tak pernahnyer dapat tonton wayang lewat-lewat malam ni. Berdating dari tengahari sampai maghrib, pastu masing-masing balik rumah, sorunk Melaka, sorunk Seremban. Itu je kitaran dating kitaorunk selama hampir 9 tahun bercouple.

Sekarang ni dah kawin, mak aku dah tak kisah sangat aku keluar malam, sebab dah ada yang menemani, siapa lagi kalau bukan suami sendiri. Rasa macam bercinta sakan pula lepas kawin! Huhuhu....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)