Macam biasa hujung-hujung minggu ni balik rumah mertua di Seremban. Nilah aktiviti aku selepas kahwin, bahagikan masa antara famili di Melaka dan di Seremban. Al-maklum lah kan, aku ngan suami tak duduk serumah sebab masing-masing kerja berlainan negeri. Jadinya, sepanjang Isnin hingga Jumaat, aku duduk dengan mak di Melaka. Malam Jumaat baru bergerak balik ke Seremban dengan suami, tu pun berlainan kenderaan. Dia bawa kereta dia, dan aku dengan kereta chomel aku tu. Sangat tak romantik ok?
Kebetulan, minggu ni walaupun cuti Krismas, suami aku tak bercuti dan kena kerja macam biasa dari pagi sampai malam. Tinggal la aku survive sorang-sorang kat rumah mertua. Pagi-pagi tadi kul 6 pagi, aku dah turun ke dapur memasak makaroni goreng daging untuk buat bekal suami ke opis. Mak mertua siap tegur, awal dah turun ke dapur, aku jawap yang suami aku kerja awal pagi ni, jadi nak bekalkan dia sedikit makanan. Nasib baik senang nak cari bahan-bahan memasak kat dapur mertua, pantas skit kerja aku memasak.
Lepas suami gerak, mertua bagi tahu nak bawa anak-anak buah mandi manda di Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Jadi, sebelum gerak, aku bantu diorunk sediakan sandwich dan barang-barang nak berpiknik. Perjalanan ke Ulu Bendul dari Seremban memakan masa hampir setengah jam atau lebih kurang 25km. Sampai je di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, dah ramai pelawat datang bersama-sama keluarga masing-masing. Kami masuk hingga ke bahagian dalam hutan rekreasi tempat kebiasaan keluarga mertua aku selalu pilih.

No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)