
Nasib baik ade staf bawah aku yang banyak membantu ringankan sikit kerja yang bertalu2 sampai kat meja aku nih. Dengan latihan emelnyer la, dengan penyelenggaraan laptop nyer la, ngan buat penilaian dan report tender la, dengan buat penilaian dan report sebutharga la dengan dokumen ISO la.....pergh. Sib baik opis aku kat aras bawah, kalau tingkat 3-4 nun atas tu, mau aku tempah satu sudut luar tingkap tingkat 3 atau 4 tu buat port termenung / terjun...ngengenge.

Dua tiga malam ni sebelum aku lelap mata, aku banyak fikir cara hidup aku sekarang. Memang dah x serupa cara hidup lama. Makin serabut. Bukan sorunk, bukan dua orunk, tapi ramai yang dah tegur...muka aku nampak berserabut dan bermasalah masa kat opis. Hah....kan? Aku perasan gak, semenjak dua menjak ni, aku dah kurang masa berbual dengan mak aku. Bangun pagi, bersiap, berbual seminit dua, gi kerja , balik kerja dah malam, berbual seminit dua, masuk tidur....macam tu la kitaran hidup aku sekarang. Nak bermanja ngan mak pun susah. Nak bermanja ngan anak buah pun tak sempat. Kadang-kadang, diorunk tunggu aku balik, nak bergurau senda tapi aku marah diorunk balik sebab aku dh letih sangat kat opis. Anak-anak kucing aku pun aku x sempat nak tengok apa jadi dengan diorunk. Sihat ke? Sakit ke? Hmm...
Inikan pulak nak berseronok dengan kawan-kawan. Takde istilah "berhibur" dalam hidup aku sekarang. Macam mana nak berhibur? Pergi kerja pagi-pagi, balik kerja tak pernah nampak matahari terbenam. Asyik aku kuar opis ke, dah maghrib, dah gelap kat langit...cuti sabtu ahad pun x rasa macam cuti. Ade je benda atau kerja opis nak disiapkan untuk dihantar awal minggu depan nyer tu...
Tapi aku muhasabahkan diri, pujuk diri sendiri....."makin naik gaji ni, makin besar tanggungjawab la, kenalah terima realiti kehidupan". Bak kata omputih "go with the flow"...InsyaAllah, aku cubalah uruskan hidup aku ni sebaik boleh. Yang lain, biarlah Allah yang tetapkan takdir hidup aku nih.
Hah ! Berbalik pada cerita Family Day jabatan aku tu, tu cerita semalam. Hari ni mood aku dah okey skit. Dah x de bad mood sangat macam semalam. Aku tengah google peta dari Sungai Udang nak ke Corus Paradise Resort tu guna jalan tepi laut. Boleh? Heheheh.....tu la namanya menggunakan kemudahan Google yang free-of-charge tu....alternatif lain? Aku bantai ikut belakang kereta sapa2 ke hotel tu nanti......apa susah??
Ala...semalam tu aku badmood sebab badan dah letih sangat. Bukan badan je, malah otak aku pun dah letih giler. Sian otak aku kan? Banyak benda nak kena fikirkan..mesyuarat la, laporan tender la, laporan sebutharga la, buat surat untuk jabatan lain la, uruskan latihan emel la, nak uruskan dua mesyuarat minggu depan la, nak semak semula laporan jabatan la....hah, apa lagi? banyak lagi ni....
Apa yang aku perlukan sekarang? Musik. Sesuatu yang rancak dan kepala aku leh layan sambil buat kerja. Sesuatu yang boleh boost up mood aku yang makin layu menjelang hari Jumaat esok. Lagu apa ek aku nak dengar nih?
ape kate ko dengar lagu oldies, hehehe, nat king cole ke, frank sinatra ke... layan jazz beb.. sure tenang, janji jangan layan dangdut sudah, terlebih sudah..
ReplyDeletefav. song - l.o.v.e, my way, stand by me, oh carol,
Kalau aku tahu jalan kampung @ lama ke Port Dickson tu, tak pe gak. Ni masalahnye, aku buta jalan ke PD, bengong! Ko paham tak?
ReplyDeletekami kalau ke PD mmg ikut jalan lama... ikut highway tak baloi...
ye ke? tu la..member2 opis pun ramai vote for jalan lama...x per la..tawakal jer la..kalau x sampai, kita patah balik jer la kan? apa susah??kan??hehehehe
ReplyDeletenak ikut!!!!huhu...
ReplyDelete~rainbow~;
ReplyDeletetak payah! ko ngadap peksa ko tu dulu. dah lepas exam..ko ambik la keta mak ni, gi jalan2 dengan mak...bawak anak2 buah ko sekali....yg penting, kul 6 dah ade depan opis aku..paham!!
aahhh!!! balik sendiri...muahahaha!!!
ReplyDeletepergi baca al-quran, gerenti tenang.
ReplyDeletedoremon-doremon
amar;
ReplyDeleteataupun dengar lagu band Hujan kan??aku tahu ko selalu melantak dengau lagu ni time otak ko kurang oksigen..ngaku jer la....