17 March 2009

Buku, Senja, Wayang dan Kasut

Buku Perintah Am & Pekeliling Kemajuan

Ni le buku @ kitab yang aku wajib ada untuk jadi rujukan masa peperiksaan undang-undang bulan 4 ni. Perghh....aku dh la alergik ngan buku-buku ratus2 mukasurat nih. Selalu aku kutuk adik akunyer buku medik yang kalau disusun lawa2, mmg dah leh buat bantal tido, tapi skang aku lak kena sumpahan tu balik. Tersangatlah sengal!

Entahkan sempat ke tak aku nak abis baca buku ni sebelum minggu ke-3 bulan 4 nih, sebab kalau tengok kan jadual dan tugasan harian aku 6 bulan pertama ni, jangan kan baca...nak belek muka depan ngan belakang buku2 tu pun x de peluang langsung..walaupun peperiksaan tu jenis "open-book exam", tapi kalau dah tebal macam buku medik...sah2 x ter"refer" nyer aku masa exam nanti. *mati ler aku!*

Update: Malam tadi baru ler ringan2kan tangan nak membalut buku ni, bukan apa....sayang la kalau rosak..nak pakai seumur hidup lak tu.

Suasana Senja Di Melaka

Masa balik dari opis semalam, memang dah senja dah. Lebih kurang pukul 7.30 malam, aku lalu area Stadium Hang Jebat, Krubong. Tengok kaki langit rasa takjub sangat. Keindahan alam ciptaanNya..tak tertanding oleh manusia.

Cam-whoring depan GSC sementara tunggu teater 3 dibuka.
Wayang, Dia & Aku

Ahad lepas aku lepas gian tengok wayang ngan si dia kat GSC Dataran Pahlawan Megamall. Lama giler tak tengok wayang, dah tahap ketagih + gian + kemaruk dah aku nak masuk wayang. * aisehmen...mcm orang isap dadah lak*

Aku memang dah aim nak gi tengok filem Geng: Pengembaraan Bermula. Lagi2 bile baca review kat blog Khai, lagi la aku gian nak tengok wayang. Bila dah konfirm si dia nak turun Melaka, aku dah awal2 tempah tiket wayang GSC by phone.

Betul la kata Khai, tak de sedetik pun masa aku x gelak masa tengok filem tu. Asyik gelak dan gelak dan gelak...je dari awal sampai akhir cerita. Banyak gak part yang best, terutamanya part masa budak2 tu hampir terjatuh kat jurang tepi bukit tu...sia2 je si Rajoo suh Upin/Ipin fikirkan masa depan...ampes nyer Upin/Ipin! hehehe....rupenye nenek diorunk pun sama....* kalau korunk dah tengok cerita ni, sure korunk paham maksud aku tu!

Part yang paling sedih tentulah time diorunk dah nak berpisah dengan Oppet...walaupun filem kartun, tapi aku memang salute kat Les' Copaque Production, sebab dah buatkan aku nangis dalam wayang. Huhuhuhu.....masa beratur bayar tiket parking, aku tanya si dia, pasan x aku nangis td..dia kata x.....huhuuh......selamattt.....

Tentang kualiti filem Les' Copaque Production nih, aku kasi 150/100 mata. Memang betul2 buat aku rasa tak menyesal kuar duit dan bertekad nak tgk filem ni. Memang ada kualiti dan commercial value untuk dipasarkan ke luarnegara. Kalau filem Geng ni dipertandingkan di luar Malaysia pun, aku sebagai orang Malaysia ni pun kire leh kembang hidung la dengan pencapaian orang IT Malaysia. Tabik spring untuk Les' Copaque Production !!

Kasut Baru Lepas 2 Bulan Jadi Orang Gomen

Tadaaaa......ni le kasut baru yang aku sambar kat Fabiano Ricco (groundfloor Dtrn Pahlawan Megamall). Cantik tak? (ko cakap x cantik pun, aku pedulik hape?..ngengenge). First time aku masuk, tengok, cuba, terus beli. Selalunya bagi sesiapa yang pernah gi shopping kasut ngan aku, sampai tobat takmo temankan aku lagi dah lepas tu...hehehe....sangat2 cerewet dan makan masa berjam2 belek2 kasut, dan selalunya berakhirnya..TAK JADI BELI. hahaha.....ni kire ekspress gak la aku buat keputusan.

5 comments:

  1. Bila dah konfirm si dia nak turun Melaka, aku dah awal2 tempah tiket wayang GSC by phone.

    turun melaka dari mana ye si dia itu...(nyibuk lak eh)

    ReplyDelete
  2. hehe....tak pe kak...dia turun dr seremban..org negeri...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selalu aku kutuk adik akunyer buku medik yang kalau disusun lawa2, mmg dah leh buat bantal tido, tapi skang aku lak kena sumpahan tu balik.


    ~ha....tau pun...kutuk lagi adik ko yang CUN nie..ngenge..satu buku pun tak terabis nak baca..ni kan nak baca buku2 satu rak aku tu..huhu..da la ko kater aku mencarut..ces!!!

    Selalunya bagi sesiapa yang pernah gi shopping kasut ngan aku, sampai tobat takmo temankan aku lagi dah lepas tu...hehehe....sangat2 cerewet dan makan masa berjam2 belek2 kasut, dan selalunya berakhirnya..TAK JADI BELI.

    ~memang pun..nesib beik adik ko pun jenis sama jugak..hehe..takper2 biar sakit kaki...asalkan puas ati.

    ReplyDelete
  5. adik ko yang CUN?? buweeekkkk.....<--self proclaimed nyer doktor!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)