26 March 2009

Lapar, Kerja dan Hp SE


Lapar

Serius! Aku dah hampir-hampir menitiskan air mata skang ni. Perut aku berbunyi-bunyi dah dekat sembilan kali dah ni. Memang aku kire berapa kali dia dah berbunyi. Aku lapar...

Ni la akibatnya bodoh sombong sangat tak nak mak aku bekalkan apa-apa makanan pagi tadi sebelum pergi kerja. Macam mana aku boleh imagine hari ni kat opis akan ada makanan free macam hari-hari lain? Bila mak aku tanya nak bekal apa-apa tak hari ni, aku leh cakap, "No, thanks!".....sengal!!

Tak pasal-pasal aku tanya semua orang ada makanan free tak hari ni. Karipap atas meja Liah pun aku usha gak sampai dapat sekeping. Lantak la. Sebenarnya bukan sifat aku minta-minta makanan orang, tapi hari ini aku dah tahap lapar giler tak bersarapan pagi. Sampai tahap aku ngadap muka Liah, pastu buat muka sedey..."Liah, lapau......". Dah lah masuk-masuk kerja dah disuruh buat macam-macam benda on the spot. Betulkan laporan penilaian kewangan, buat memo, uruskan pasal penyerahan laptop, bla bla bla....

Kerja

Bila kerja datang sekali sedebuk....baru aku sedar aku tak boleh handle semua benda sorunk-sorunk. Mana nak kejarkan pembetulan laporan penilaian, mana nak kejarkan buat draf memo dan emel pemberitahuan, mana nak hadapkan kerja-kerja operasi....duh. I think i'm a superwoman, buat obviously i'm not. Dan akhirnya aku akur dengan kata-kata dak Izan.

" Akak tak leh buat semua kerja tu sorunk-sorunk,kak. Best practice is bahagikan kerja kepada orang-orang yang berkenaan, pastu pantau"

"Pastu update pada bos...as usual" aku bisik dalam hati.

Wokey, wokey.....aku ngaku kalah. Pasni jangan kata aku buat korunk macam kuli batak lak. Dah namanyer pun best practice kan? Ngengengenge *sila buat muka jahat*

Handphone Sony Ericsson

Apsal la my babe ni buat hal time-time kritikal nih? Aku perasan dua tiga hari ni, dia tak berapa nak berfungsi dengan elok macam selalu. Tengah-tengah aku dengar lagu mp3 dari my babe, dia tetiba senyap pastu hang je. Perghh......jangan la buat hal time-time nih. Aku tak ade bajet untuk repair mahupun menukarkan dikau dengan hp lebih canggih serta mahal. *skemanyer ayat aku nih..geli ketiak lak bile baca balik*

Nota kaki: Aku tak sempat update citer pasal Family Day jabatan aku buat masa sekarang. Aku perlukan masa yang sesuai dan suasana yang tenang untuk buka topik tu. Sekarang jiwa aku kacau bilau. Uols wait2 aah?

3 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)