15 December 2008

Pra_PAC di INTAN IKWAS Kluang

Gerak dr rumah pukul 4.45 pagi, masuk highway Ayer Keroh tepat pukul 5.10 pagi. Pagi-pagi mcm ni mn la ade banyak kete sgt…mmg pecut sakan la…Cuma sekali dua la terpaksa perlahankan kelajuan kereta sebab ade berselisih dengan lori dan treler panjang. Mana lah bleh celen diorunk2 nih….kang x pasal2 berbuai kereta aku lak kang..

Dah sampai area R&R Pagoh, aku berhenti singgah solat Subuh, bila nak balik kereta balik, aku melilau jap cari kedai jual top-up, sekali…jeng jeng jeng….aku rasa mcm kenal je muka minah ni, duk makan dengan sorang perempuan muda, lelaki muda dan sorunk atuk yg rambut serba putih mcm Richard Gere..kui kui kui…teka2? Azharina daa….dengan bekas duda dia, datuk aka peguam kelantan tu….masa tu area 6.15 pagi.

Dalam pukul 7.05 pagi, masuk susur keluar tol 244 Ayer Itam – Kluang – Batu Pahat. Alhamdulillah, selamat gak akhirnya. Sampai kat Petronas sebelum INTAN, aku berhenti sekejap nak call mak bagitau aku dh selamat sampai. Pastu terus ke INTAN. Masuk je kawasan INTAN, aku ikut je arahan mak guard situ tunjuk untuk park. Sampai area Dewan Jemerlang, aku tengok ade 3-4 kereta famili dah sedia ada kat situ. Rupenya ade lebih awal sampai.Huhu…Aku ambik keputusan parking kat belakang dewan tu, x dela jauh sgt, senang skit nak angkat barang.

Masa berdiri kat ruang legar dewan tu, aku pandang2 gak la sekeliling kalau2 ade someone yang aku kenal..herm, ade la sorunk dua (kalau x silap aku, budak tu x-KUiTTHO), tp aku segan lak nak tegur sebab x ingat nama dia. Urusetia PAC tengah uruskan urusan pendaftaran, dan ade mention suh kuarkan dokumen2 yang penting je masa pendaftaran. Aku duk la tercegat depan pintu masuk, mengharapkan dapat nombor pendaftaran yang awal2…sebab dalam senarai nama yang ditampal kat papan putih, aku punye nombor giliran adalah 86. Bila urusetia PAC suh masuk sambil beratur untuk pendaftaran, aku cepat2 ke depan. Urusetia tu beri satu tag nombor giliran yang besar gedabak suh pakai kat dada sepanjang aktiviti. Syukur, aku orang yang ke-4 mendaftar, so, dpt tag nombor “4”. Aku terus masuk, diambil ukuran ketinggian dan berat, lepas tu kena beratur berlima-lima untuk diambil gambar….kui kui…rasa mcm banduan pun ade.Apa motif kena ambil gambar sambil pakai tag nombor yang maha besar tu pun aku x tahu.

Dah selesai tu, urusetia suh gerak ke kantin Seri Menasi untuk sarapan pagi sementara tunggu yang lain selesai. Aku join la budak2 perempuan Kluang, ok la jugak diorunk, ramah. Lepas tu, sesi taklimat oleh pegawai kanan INTAN dan PTD, baru la aku nampak gambaran sebenar apa tugas seorang PTD dan apa yang seronok jadi seorang PTD. Masa tu aku dah berkobar-kobar nak cuba nasib untuk Pra-PAC ni. Tak salahkan mencuba? Untuk sesi Aktiviti 1, aku ditempatkan dalam Kumpulan D, di Bilik Seri Delima bagi sesi debat bahasa Inggeris. Boleh tahan jugak la, cuma aku teragak-agak nak mencelah cakap. Aku tgk yang lain dok berkobar2 bagi pendapat masing2.

Aktiviti 2 lak aku ke Bilik Kenari, bertentangan bilik Aktiviti 1, untuk sesi bahas ala Parlimen. Situasi yang memang best. Kami sebagai pencadang, menyokong tajuk pasal Rukun Tetangga. Memang betul2 seronok dapat berdebat. Dapat lak kawan-kawan yang saling membantu, sampaikan aku perasan penilai kami tersenyum lebar masa aku beri hujah balas pada budak lelaki kat depan aku tu. Masa akhir perbahasan tu, penilai tu bagitau, apa2 pun isu perbahasan ni lebih kurang mcm isu telur dan ayam. Kui kui kui….

Kebetulan sesi ke-2 PAC dibuat pada hari Jumaat, jadi lepas Aktiviti 2, kami diberi rehat dari pukul 1 hingga pukul 2.45 petang sementara budak lelaki pergi solat Jumaat. Aku dengan kawan-kawan sesi bahas bahasa Melayu gerak ke bilik yang disediakan untuk berehat dan menyalin pakaian untuk aktiviti 3 iaitu aktivit fizikal/sukan. Boleh tahan gak la kemudahan yang disediakan dalam bilik tu, ade tv, ada heater, dan macam2 lagi la. Lebih kurang kul 2.50 petang, kami bergerak ke padang bola sepak INTAN, waktu tu belum ramai lagi di astaka, jadi, kami lepak2 sambil berbual. Seorang fasi datang dan suruh kami berkumpul ikut kumpulan yang telah ditetapkan, aku termasuk dlm kumpulan 8. Kebanyakan ahli kumpulan 8 adalah daripada aktiviti 1 dan 2 aku, so kire dah serasi la. Tugasan pertama kitaorunk adalah mencipta gerak senirobik untuk lagu Aspalela, yang kedua untuk lagu Bohle Churiya dalam citer KKKG. Memang sporting abis ahli kumpulan aku, baik lelaki mahupun perempuan (ade akak sorunk tu tgh ngandung pun selamba je menari rancak lagu Hindustan- aku respek la!) bekerjasama buat gerak tari untuk kedua-dua lagu tu. Fasi kumpulan aku siap ambik gambar kitaorunk tengah menari.

Tugasan akhir untuk aktiviti 3 adalah 5 jenis senaman asas iaitu lompat bintang, lompat squad,jumping jack, tekan tubi dan juga sit-up. Betul-betul menguji ketahanan fizikal terutamanya bagi golongan bertubuh comel mcm aku ni. Fasi kumpulan aku suruh jangan paksa diri, dan dia suruh buat apa yang termampu. Aku tengok ramai gak yang dah give-up masa senaman ke-2. Aku pun masa tu dah mengeletar penat, letih, dah x larat dah. Tapi nak berenti, aku rasa macam tak berbaloi lak datang jauh-jauh dari Melaka. Aku paksa gak diri buat sit-up dan tekan tubi. Akhirnya berjaya juga bertahan.

Lebih kurang pukul 4.40 petang, kami dibenarkan pulang. Masa aku telefon mak nak beritahu aku nak gerak balik, mak beritahu aku yang surat lapor diri yang dipos laju oleh JPA dah sampai kat rumah. Alhamdulillah. Maksudnya sekarang aku dh boleh mula hantar surat letak jawatan la dalam masa terdekat.

Kebetulan masa tengah drive kat area Yong Peng, aku terperasan meter temperature kereta mak naik. Aisehmen! Aku dah gelabah. Dah la jauh lagi nak sampai Melaka. Aku berenti kat kawasan hentian sebelah Yong Peng, pastu call mak. Aku punya gelabah sampai semua org aku call…mak, Abg Long, Abg Zul ngan Alang sekali. Alang siap kasi tazkirah petang kat aku…cess….aku nak solution la, bukan nagging time! Alang suh aku masukkan air kat bekas warna putih kat bahagian enjin. Aku buat la macam dia suruh, pastu baca Bismillah, aku drive balik perlahan-lahan. Masa tu dah dekat kul 6.20 petang.

Tak sampai 3-4 minit, aku tenguk meter temperature naik balik. Aik…x leh jadi nih. Aku singgah R&R Pagoh, pastu sejukkan enjin sekejap. Masa tu Fie call aku tanya kabar. Agaknya aku blur sangat masa tu, aku buka penutup bekas besi tempat isi air tu. Sekali memancut kuar air panas, aku melompat mengelak, tapi aku tak sempat tarik tangan kanan aku…terus terkena air panas yang tengah merecik…..pedihnya Tuhan jer la yang tahu! Uuwwaaaaa…..dan-dan masa air panas tu memancut, mak aku call. Adui laa….x tahu nak cakap apa lagi…ketap bibir aku tahan pedih jari melecur. Aku naik ke tandas R&R nak ambik air paip untuk isikan dalam tangki air. Hari dah makin gelap.

Sementara tunggu air yang aku tuang tu diserap, aku duduk tepi kereta sambil tengok burung-burung pulang ke sarang waktu maghrib. Teramat la bising bunyi yang burung-burung ni keluarkan…tapi at least terubat jugak kesedihan dan kesunyian hati ni sengsorung terkandas kat highway. Lebih kurang pukul 7.05 malam, aku bertolak balik ke Melaka. Aku drive perlahan-lahan, takut-takut meter naik balik. Alhamdulillah, lepas tu kereta aku tak buat hal lagi sampai la aku kuar dari tol Ayer Keroh dalam pukul 7.50 malam. Aku terfikir mungkin sebab dalam sebulan ni kereta aku mmg busy travel sana-sini (KL,Johor,Melaka), sebab tu la air tangki kereta tu cepat kering….mungkin!

Lepas call mak nak beritahu perkembangan terbaru, aku ke opis untuk ambil beberapa barang untuk dibawa balik ke rumah. Senang la skit nanti masa aku nak resign, x yah angkat banyak-banyak barang. Sampai rumah, aku dah betul-betul kepenatan, masuk je bilik, bersihkan badan, naik atas katil….zzzzzzzz……..amat-amat lena.

3 comments:

  1. seronok gi PAC eh!!! tumpang seronok baca je....

    ReplyDelete
  2. eh jangan lupa join kitorang kat PTD forum...

    ReplyDelete
  3. heheh..betul2!
    mmg best...pada batik pink la, kalau tanya org lain, mungkin berbeza pendapat masing2....hehehhe....

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)