09 December 2008

Gila Donut

Sabtu.Ahad.Isnin.
3 hari yang betul2 memenatkan. Sabtu ke Kampung Majidee, Johor Bahru untuk kenduri cukur jambul dan marhaban Anis. Ahad ke Kluang untuk survey2 INTAN IKWAS. Isnin ke Bandar Tun Razak,KL untuk hantar Anur balik hostel. 5 jam memandu dr Johor Bahru - Kluang - Batu Pahat - Muar - Melaka. 2 jam Melaka - Seremban - KL. Dalam keadaan hujan lebat.

[Kenduri Cukur Jambul & Marhaban]

Pengalaman baru untuk kami org Melaka. Bukan x de kat Melaka tp kampung aku jarang2 ade org buat majlis ni. Yang bestnyer, Anis sikit pun x terganggu dengan bunyi2an dan marhaban yang agak kuat untuk pendengaran seorang bayi. Tidur nyenyak plak tu.

Nenek Melaka kendong Anis masa acara Cukur Jambul.

[Dunkin Donut]

Aku x tahu kenapa 2-3 bulan ni aku suke sgt makan Dunkin Donut ni. Sgt2 suke. Malam Sabtu lepas masa keluar dr tol Johor Bahru, aku nampak papan tanda "DD" kat tepi jalan. Tapi "DD" berada di sebelah laluan Johor - Melaka. Bertentangan la pulak. So, aku dah aim, balik nanti aku nak singgah "DD" sebelum balik Melaka.



Pernah masa kelam kabut pasal ISO, aku rasa depressed sgt...tetiba aku terbayang "DD". Kemaruk sgt ngan "DD" sampai aku sanggup round satu JJ nak cari donut. Tak dpt "DD", dpt donut kedai roti biasa pun jadi la. Hehehe....

Balik dari hantar Anur balik semlm pun, aku singgah "DD" lepas tol Sg. Besi tu. Nasib baik banyak pilihan. Tak de la macam "DD" kat tol Johor Bahru tu yang x de banyak pilihan donut, siap berlalat kat dlm kedai berhawa dingin. Adik aku dh geleng kepala.

[PAC di INTAN IKWAS Kluang,Johor]

Masa otw balik ke Melaka, aku masuk susur keluar Ayer Hitam - Kluang - Batu Pahat. Patah kanan, pandu lebih kurang 15-20 minit baru jumpa INTAN Kluang sebelah kanan. Besar jugak lak. Berhenti depan pos masuk, berbual dengan mak guard, tanya itu ini. Peramah betul mak guard tu. Siap pesan suh bawak kereta baik2 masa balik. Masalahnya skang, kat mn aku nak bermlm kalau aku gerak ke Kluang hari Khamis ni? Dah try roger2 budak2 yg dpt sama IKWAS, ajak diorunk car-pooling @ sewa hotel bajet ramai2..tgk la dulu mcm mn respons diorunk sehari dua ni.

[Batu Pahat]

Lepas patah balik dr Kluang, aku terus drive ke Ayer Hitam. Kebetulan ade pasar malam kat pekan Ayer Hitam tu. Rindu lak nak rasa suasana pasar malam kat sini. Dah dekat 2 tahun lebih aku tinggalkan pengalaman ni. Dulu selalu gak gi Ayer Hitam kalau dh bosan dengan pasar mlm kat kawasan Parit Raja. Singgah jap beli makanan ngan Mak dan Anur, pastu beli pisang salai yang En. Wan pesan suh beli ari tu.

[Parit Raja & UTHM]

Lalu je kwsn Parit Raja, aku terpegun. Kalau 2 tahun dulu, pekan Parit Raja ni lebih kurang mcm pekan koboi, skang betul2 dah bertukar wajah. Paling best, dah ade KFC ! Perghh.....beruntung budak2 UTHM skang...dah x rasa lagi pengalaman turun naik bas kontot, turun kat bas station Batu Pahat, pastu naik bas lagi satu, gi sama ada The Summit atau Bukit Pasir semata-mata untuk makan KFC mcm zaman aku dulu. Ade juga 3-4 cawangan bank besar kat pekan ni. X mcm zaman aku dulu...mengharapkan ATM CIMB kat sebelah Wellward lama dan ATM kat dlm kawasan UTHM.

Ingat lagi x fie? Masa kita dh dpt duit PTPTN, kemaruk nak makan KFC, sanggup ponteng kelas belah petang drive(time ni aku dh ade kete - erk, pinjam Atehnyer kete time dia gi UK) ke Bukit Pasir.Hehehe......

Haa...satu lagi. Baru aku tahu dh wujud satu lagi shopping complex terbaru kat Batu Pahat yg dinamakan sebagai Batu Pahat Mall, pergh... tersergam indah. Patut la dulu Daphne msg aku, dia kata Batu Pahat dh banyak berubah.

Tetiba lak aku rasa nak sambung buat Master kat UTHM balik. Heheh....tapi, x de member la pulak. Ramai dh kawin dan beranak pinak. Herm....cancel!

[Deja Vu]
Deja Vu = An impression or dull familiarity of having seen or experienced something before.
Pernah x korunk alami perasaan "deja vu"? Aku pernah. Banyak kali gak la. Deja vu ni lebih kurang mcm...korunk rasa pernah rasa @ lihat @ alami sesuatu benda sedangkan benda tu sedang berlaku. Kes aku dulu....aku pernah termimpi melalui sesuatu jalan @ kawasan yang aku x pernah pergi. Aku leh ingat lagi suasana dan bentuk geografi tmpt tu. Lama lepas tu, masa aku tgh driving, aku pandang kanan dan tiba2 aku rasa aku pernah lalu dan lihat environment kat situ. Sama seperti dalam mimpi aku. Herm....

Sebenarnya aku x tahu istilah ni, sampai la masa tgh makan kenduri cukur jambul Anis, Anur sebut perkataan "Deja vu". Aku pelik, apahal lak dia cakap mcm tu. Ruper2nye dia kata, dia pernah rasa alami perasaan menghadiri kenduri tu exactly mcm yg dia mimpikan dulu.

6 comments:

  1. banyak makan donut..harap2 badan xjadi macam donut dah ler..huhuhu

    ReplyDelete
  2. interferens;

    kalau jadi mcm donut pun, badan sendiri, bukan badan interferens pun...kui kui kui.....

    ReplyDelete
  3. hey u r going 2 PTD assesment this coming friday(12/dec) as well is it?
    me too..im from kl..n clueless abt kluang,johor..haha wish me luck finding my way there =P!
    p/s:i found ur blog wen i was looking for intan kluang thru google!^_^

    ReplyDelete
  4. Faradyla;

    Owh, ye ker? sama hari la kita ye? harap2leh kenal kat sana nnt....

    kalau Faradyla guna highway, nnt masuk susur keluar ayer hitam-kluang-batupahat (exit 244).....

    bertolak bile?dtg ngan famili ke?

    ReplyDelete
  5. exit 244,Ayer hitam toll aite??
    hehe thnx 4 the info!
    ya la hopefully slmt smpi n kita dpt jmpa kt sana ^_^!
    i will be leaving kl esk,a'ah ngn family..my sisters n my bro in law.uh..x cnfdnt nyaa psl assesment nie..
    p/s:napa kena pkai bj sukan ek..dia suh kita lari2 eh??ahaks..

    ReplyDelete
  6. Faradyla;

    dah tentu la kena berlari 2.4km....as usual la..huhuh....

    semlm dok jalan kaki area taman pun dh termengah2....kui kui kui...saje nak warming up....

    jalan baik2 k Faradyla?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)