29 March 2018

Kisah Sepanjang Trimester Ketiga Part 2 & Terakhir


1 Mac 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 33w 2d. Bacaan HB alhamdulillah makin naik dari 13.8 kepada 14.5, manakala berat badan turun 200gm dari 75.8KG kepada 75.6KG. Kedudukan rahim pun naik sedikit dari 31cm kepada 33cm, dan kepala baby A masih lagi dalam posisi ke bawah...syukur. Kali ini juga aku mendapat suntikan kedua dan terakhir untuk kancing gigi, alhamdulillah tak sakit sama seperti kali pertama terima suntikan ini sebulan yang lepas. TCA temujanji seterusnya adalah pada 15 Mac 2018.

Perjumpaan kali ini dengan doktor KKIA, doktor minta aku berbincang dengan doktor pakar Klinik O&G semasa temujanji Rabu depan; sama ada minggu ke-36 kehamilan atau minggu ke-38 kehamilan perlu serah diri untuk diinduce. Bila dengar 36 minggu, which is dalam tempoh kurang 3 minggu sahaja lagi aku dah berdebar hati dah. Seram sejuk rasa satu badan.

P/s: Rasanya bacaan HB cantik dan makin naik sejak amalkan pil minyak kelapa dara start dari usia kandungan 7 bulan tempohari. Masa trimester kedua bacaan HB menurun tapi masih di atas bacaan 11.

5 Mac 2018 - Temujanji di Klinik Oftalmologi Hospital Besar Melaka jam 9.30 pagi pada usia kandungan 33w 6d...Ya Allah! Ramainya umat manusia. Selesai berjumpa doktor menghampiri tengahari. Dapat MC sebab pandangan mata jadi sangat kabur selepas dititik 3 ubat mata. Alhamdulillah, kali ini ada perkembangan baik; tompokan darah dalam mata sebelah kanan dah hilang, cuma doktor masih nak pantau sehingga lepas bersalin nanti. Next TCA adalah pada 14 Mei 2018 (tengah berpantang lagi tu rasanya, hurm).

7 Mac 2018 - Temujanji terakhir di Klinik O&G Hospital Besar Melaka pada usia kandungan 34w 1d pada jam 8.30 pagi. Berat badan pada temujanji terdahulu (7 Februari 2018 - 30w 1d) adalah 75.8KG, manakala berat badan terkini pada 34w 1d adalah sebanyak 76.0KG; iaitu kenaikan sebanyak 200gm dalam tempoh 1 bulan. Tekanan darah dan ujian air kencing OK.

Temujanji kali ini doktor bertanyakan kaedah bersalin apa yang aku pilih; aku jawap kalau ada rezeki sebolehnya nak bersalin normal, tapi jika ada komplikasi di labour room, aku serahkan pada keputusan doktor jika dah takdir aku bersalin secara pembedahan. Biarlah aku serahkan pada yang lebih pakar, janji anak dalam kandungan selamat dilahirkan. Selepas discan di bilik 10, doktor maklumkan semuanya OK, berat anggaran Baby A ketika ini adalah seberat 2.02KG, kedudukan baby pun masih kepala di bawah.

Doktor terangkan bahawa sekiranya sehingga 37w aku masih belum ada tanda nak bersalin, aku perlu menyerahkan diri dimasukkan ke wad bersalin pada 37w 6d (3 April 2018) untuk diinduce pada selewat-lewatnya 4 April 2018. Surat kemasukan ke wad juga turut diserahkan. Memandangkan ini adalah temujanji terakhir di Klinik O&G Hospital Besar Melaka, plan doktor adalah untuk teruskan followup dengan KKIA Sungai Udang setiap minggu sehingga bersalin nanti.

15 Mac 2018 - Temujanji secara mingguan (seminggu sekali) bermula usia kehamilan 35w 2d sehingga sebelum serah diri ke wad O&G Hospital Besar Melaka pada 37w 6d nanti. Berat badan naik dengan jayanya dalam tempoh 2 minggu; dari 75.6KG kepada 77.0KG (ada lebihan 400gm dari 1KG yang dibenarkan dalam tempoh 2 minggu). Huhuhu...bertabahlah. Ukuran ketinggian rahim naik ke 35cm. Jantung dan kedudukan baby ok. TCA temujanji seterusnya adalah pada 22 Mac 2018, masa tu doktor akan scan baby sekali lagi pada usia kandungan 36w dan berhentikan pengambilan ubat Aspirin.

16 Mac 2018 - Menghadiri Kursus Peneman dengan suami di Hospital Besar Melaka jam 8.00 pagi, tapi hanya bermula jam 9.10 pagi setelah semua pasangan peserta telah sampai berkumpul di depan bilik seminar depan Klinik O&G. Taklimat berkenaan fungsi suami sebagai peneman di kamar bersalin, do's and don'ts, teknik penyusuan bayi, cara penyimpanan susu, kaedah skin to skin selepas bersalin berlangsung sehingga jam 11.15 pagi.

Kemudian kami berpeluang dibawa ke beberapa lokasi untuk membiasakan suami dan isteri dengan persekitaran hospital seperti kaunter pendaftaran di Unit Hasil, ruang legar Kamar Bersalin di Pre-Antenatal Care (PAC) dan wad bersalin di Aras 2 Bangunan Baru GH Melaka. Yang bestnya masa lawatan ke wad bersalin, dapat tengok baby yang diletakkan dalam troli tepi kaunter wad, comelnya terkebil-kebil memandang, senyap je tak nangis. Alahai....

Ni antara nota-nota yang dapat disalin sepanjang taklimat yang staf nurse berikan. Hurm, satu lagi nurse tak galakkan amalan air selusuh / air rendaman akar fatimah untuk mempercepatkan proses kelahiran. Owh ye, trimester terakhir ni nurse juga tak galakkan selalu sangat usap perut especially di bahagian pusat dan memicit payudara (bersihkan areola takpe) sebab dua perbuatan ini akan merangsang kontraksi awal.

Sempat juga tanya staf nurse tadi, kalau kena induce, biasanya apa step yang doktor akan guna sama ada masuk ubat dari bawah atau masukkan belon? Nurse cakap bergantung pada doktor juga, tapi kaedah belon tu hanya untuk yang dah pernah bersalin sebelum ni.

Sebelah petang hari yang sama, staf nurse yang menyelia kes aku di KKIA Sungai Udang datang ke rumah untuk lawatan kali kedua dan terakhir sebelum bersalin. Macam biasa, prosedur mengambil tekanan darah dan check jantung bayi menggunakan alat khas dijalankan secara santai. Nasib baik dah bersedia awal, dapat la juga hidangkan kuih muih dan air minuman semasa sesi lawatan rumah (LR) kali ni. Kali ni sampai 3 orang staf nurse datang (mereka sama-sama buat round ke semua rumah pesakit kawasan perumahan ni), ok juga la berbual santai-santai. Nurse siap tanya berpantang nanti siapa jaga, aku bagitau berpantang sendiri dengan bantuan suami je.

22 Mac 2018 - Temujanji kedua terakhir di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 36w 2d. Berat badan naik 300gm dari temujanji minggu lepas menjadi 77.3KG (35w 2d berat badan 77.0KG). Kedudukan rahim naik kepada 36cm. Bacaan HB kali ini naik kepada 14.6. Temujanji kali ini juga sesi scan terakhir pada 36w; alhamdulillah doktor kata semua OK. Bacaan air ketuban adalah 12. Anggaran berat baby A kali ini adalah 2.681KG.

Nurse dan doktor dah ingatkan supaya bersedia kemungkinan boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja sebaik sahaja memasuki usia kandungan 37w minggu depan. Alhamdulillah, kesemua beg baby A dan beg untuk aku dah siap sedia dalam kereta. Doktor suruh lebih alert tanda-tanda nak bersalin; air ketuban pecah, keluar lendiran darah, kontraksi yang kerap dan kekerapan baby mengeras dalam selang masa yang pendek...kalau dah ada tanda, kena terus ke Unit Kecemasan Hospital Besar Melaka.


29 Mac 2018 - Temujanji terakhir di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 37w 2d. Berat badan terkini sebelum bersalin dicatatkan adalah sebanyak 77.2KG (turun 100gm dari berat badan semasa 36w 2d minggu lepas). Kedudukan rahim naik kepada 37cm. Masa checkup, ada beritahu dengan nurse perut kerap mengeras dan baby kurang bergerak, lepas tu nurse check perut mengeras 15 saat on off.

Bila nurse dan doktor tengok buku dan perasan ini temujanji yang terakhir sebelum serah diri pada Hospital Besar Melaka minggu depan siap wish Good Luck, terasa sebak pulak dalam hati. Apa-apa pun selepas bersalin nanti dan dah balik rumah, kena maklumkan pada klinik untuk nurse datang pantau kesihatan kami berdua anak beranak, inshaAllah. Tadi pun doktor dah bincang kaedah perancang yang dah boleh difikirkan dan buat keputusan selepas sebulan bersalin nanti. Apa-apa kena bincang dengan suami pro dan kontra setiap pilihan kaedah perancang yang akan digunapakai.  

Berat badan di awal kehamilan : 70.8KG
Berat badan sebelum bersalin : 77.2KG
Jumlah kenaikan berat badan : 6.4KG
Anggaran berat baby (36w 2d) : 2.6++KG

TAMAT

12 comments:

  1. Laa..dah nak bersalin..semoga dipermudahkan yani..iolls pulak yg debor2..boy ke girl ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Fieza, pejam celik dah masuk 35 minggu, lagi 3 minggu lebih je lagi ni sebelum inshaAllah bersalin. :)

      Delete
  2. minyak kelapa dara banyak membantu kan..insyaallah org pon amalkan bila dah 7bln..mmg membantu naikkan hb + masa nk bersalin nnt..org mmg x sakit sgt masa bukaan bila da 7cm ke 10 cm baru rasa sikit2 tp baby xmo turun so mmg terpaksa emergency ceacar even bukaan dah 10cm..merasa lah sakit 2..2..janji baby selamat kan..insyaallah moga yani dipermudahkan segalanya..kumpul tenaga nnt :) cepat gak ye 38 weeks da kene serah diri..kita kene serah diri 39 weeks..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, baru tahu yang Mama Reha kena emergency ceaser masa baby 1st dulu....takpe lah yang penting semuanya selamat, dah nak masuk baby no.2 dah kan? Yani ni dok seriau juga ni apa nasib time bersalin nanti...

      Delete
    2. aa insyaallah awal mei nnt yani...sekrang tgh bertabah dengan kakak nye yng super manja..makin nk dapat adik makinla manja nye

      Delete
    3. Hehehe....ala, dia nak bermanja sebelum adik keluar, takpe la...semoga Mama Reha pun selamat semuanya nnt ye? Yani doakan juga...

      Delete
  3. tahniah puan, akak doakan puan slmt brsalin, dan dikurniakan anak yg sihat dan comel,dan dipermudahkn sgalanya. aamiin. akak pun tgh ttc. doakan akak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, terima kasih kak. InshaAllah, doa saya untuk kawan-kawan TTC tak pernah putus...semoga sama-sama dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu...

      Delete
  4. tunggu comel si pipi merah awak pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Dr Mai...doakan ye?.Kurang seminggu lagi nak serah diri untuk induce....seram sejuk semua ada tapi dalam masa yang sama tak sabar nak jumpa buah hati seorang ni...

      Delete
  5. Alhamdulillah... Semoga selamat semuanya ya kak. Doakan saya juga dalam fasa trimester pertama sekarang :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...tahniah juga ye Lea...jaga kandungan baik-baik. :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)