17 April 2018

6 April 2018 : Kelahiran Zuriat Yang Dinantikan

Kronologi Admission (3 April 2018)

2.30 petang : Daftar di Unit Hasil.

2.48 petang : Sampai di EPAU/CDS, cek jantung baby, tukar baju pink.

4.45 petang : Buat CTG, cek bukaan (4.45 - 5.20 petang) dan pasang branula kat tangan kiri.

7.20 malam : Scan baby dan cek bukaan kali ke-2 oleh Dr Sumayyah. Berat anggaran terkini baby A adalah 2.83KG. Dr tanya kenapa tak pilih untuk c-zer?

4 April 2018

12.50 pagi : Di tempatkan di bilik transit Wad 3-3. Alhamdulillah...

5.10 pagi : Misi ambil tekanan darah dan cek jantung baby.

5.50 pagi : Misi minta berpindah ke katil 20A yang baru sahaja dikosongkan. Alhamdulillah!

8.50 - 9.45 pagi : Buat bacaan CTG di wad.

10.20 pagi : Dr Idayu bincang tentang kaedah induce. Doktor pakar setuju dan decide teruskan dengan induce selepas dapat consent waris dan akan di bawa ke CDS/LR/EPAU selepas dapat green light ada katil di sana. Kemungkian sebelah petang.

1.20 petang : Suami sampai di wad dan terus doktor datang berbincang kesan dan risiko induce serta emergency c-zer. Selesai tandatangan borang untuk pihak pesakit dan waris (suami).

1.55 petang : Alhamdulillah, nurse dapat tukarkan aku ke bilik Kelas 1 (1 orang 1 bilik) atas faktor ada kekosongan dan kelayakan gred.

3.15 petang : Doktor pakar wad 3-3 Dr Idayu datang review fail aku dengan MO dan houseman. So far nama aku sudah dimasukkan dalam giliran untuk dipanggil ke LR untuk proses induce cuma tak pasti bila dan kena tunggu ada kekosongan katil tu LR.

6.00 - 6.50 petang : Buat bacaan CTG kali kedua di wad.

7.45 malam : Ditolak ke Labour Room untuk diinduce.

8.15 malam : Ubat induce dimasukkan dari bawah.

10.25 - 10.55 malam : Check jantung baby dan buat CTG kali ke-3.

5 April 2018

1.50 pagi : Check bukaan, masih 1-2 cm sahaja, contraction pun tak banyak. Doktor masukkan ubat induce ke-2. Kena baring lagi 2 jam.

4.00 - 4.40 pagi : Check jantung baby dan buat CTG lagi.

9.40 pagi : Jalan masih 1-2 cm. Doktor cuba cara induce pakai belon.

11.30 pagi : Check jantung baby dan buat CTG lagi.

3.30 petang : Doktor check jalan.

4.30 petang : Belon jatuh,indikasi bukaan laluan dah 4cm. Terus tolak ke bilik Kamar Bersalin 5, aku minta nurse panggilkan suami untuk meneman sama.

6.30 petang : Doktor Idyani check ve, baru buka 5cm. Induce guna ubat drip untuk cepatkan bukaan, Dr Idyani minta tunggu sampai pukul 10.30 malam untuk bukaan 10cm. Start lepas kena induce dengan ubat drip, sakit contraction makin terasa selang masa 5 minit kepada 2-3 minit. Ya Allah! Dah tak tentu arah mengerang kesakitan setiap kali contraction berlaku. Suami hanya mampu bagi semangat dan pegang tangan aku setiap kali aku mengerang kesakitan.

10.30 malam : Dr Idyani check laluan, dah 8cm dan minta aku berbaring mengiring dan cuba meneran perlahan-lahan. Demi Allah aku dah tak berdaya nak meneran. Hampir meracau kesakitan sampai satu tahap aku suruh suami panggilkan doktor dan minta c-zer je sebab dah terlalu lama kesakitan. Dr beri masa 2 jam lagi sebelum ambil tindakan seterusnya.

6 April 2018

12.15 pagi : Untuk kali terakhir, Dr Idyani check laluan. Dia bagitahu mungkin masa dia check ve 8cm tu aku tengah contraction yang terlalu kuat. Bila check semula bukaan ve baru 6cm dan aku dah terlalu lama dalam labour pain. Jadi doktor memilih untuk buat emergency c-zer. Persiapan memakan masa hampir 45 minit bagai terlalu lama pada aku. Kesan contraction masih berbaki dan aku dah terlalu lemah keletihan dan mamai.

1.10 pagi : Ditolak ke bilik pembedahan (OT A), kemudian dari situ pakar bius uruskan urusan c-zer. Semasa dicucuk bius separuh badan di tulang belakang, suhu sejuk dalam bilik OT membuatkan aku mengigil kuat kesejukan. Proses c-zer berjalan hampir setengah jam dan tepat 1.47 pagi zuriat pertama kami suami isteri dilahirkan. Aku tak perasan bila baby dikeluarkan, tak sedar pun baby menangis...tahu-tahu je terasa badan bergoyang-goyang masa proses dic-zer dan semasa dijahit. Tak lama kemudian, staf bilik pembedahan tunjukkan anak pada aku untuk pengenalpastian jantina, masa tengok tu aku tergelak tengok bebirdnya...aku sebut Boy. Bila staf nurse suakan muka baby dekat ke muka aku, wajah comel tu aku tatap puas-puas. Rasa macam tak percaya inilah anak yang selama ini berada dalam rahim aku dan sekarang dah berada depan mata.

2.30 - 4.30 pagi : Aku diletakkan di luar kawasan OT sementara menunggu kesan bius hilang. Puas staf nurse suruh aku gerakkan kaki dan naikkan lutut untuk pengesahan kesan bius dah berkurangan, tapi memang makan masa nak recover balik dari kesan bius tu. Bila dah berjaya gerakkan kaki dan suhu badan dah kembali normal, barulah aku ditolak keluar ke wad semula ditemani suami yang setia menunggu di luar bilik pembedahan. Baby terus dihantar ke nursery untuk pemantauan.

23 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Asyiqin ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Nurul ;)

      Delete
  3. alhamdulillah..tahniah Yani & husben...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Fieza..semoga Fieza dan suami diberikan peluang yang sama ye..Yani doakan ;)

      Delete
    2. aamiin..tq yani :D..sila update pasal baby plak lepas ni..hehe

      Delete
  4. Alhamdulillah...tahniah yer sis... doakan kite pla...

    ttc12yrs.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Juls Julie....inshaAllah Yani sentiasa doakan utk rakan TTCians yang lain beroleh rezeki yang sama ;)

      Delete
  5. Alhamdulillah.. tahniah.. :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Mama Reha....tkde rezeku Yani nak bersalin normal kali ni...terpaksa emergency czer due to poor progress of IOL ;)

      Delete
  7. Alhamdulillah..tahniah dan selamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye Saerah Simin ;)

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Yani.. Happynya.. Doakan Eyza jugak dapat rasa pengalaman ni...Selamat Berpantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye Eyza...Yani doakan rezeki Eyza dpt peluang menjadi ibu juga suatu hari nnt ;)

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye Rabiatul Adawiyah ;)

      Delete
  10. alhamdulillah.. tahniah yani.. Anugerah terindah yang dinanti-nanti sudah tiba. selamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Miss Orked...dah 21 hari berpantang ni, banyak pula dugaan skrg ni.... ;)

      Delete
  11. Alhandulillah.tahniah sis.selamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye Ruhaida ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)