04 January 2018

Kisah Sepanjang Trimester Kedua Part 2

4 Disember 2017 - Temujanji di Klinik O&G Hospital Besar Melaka pada usia kandungan 20w 6d. Berat badan yang dicatatkan adalah sebanyak 74.7kg. Gulp....selera makan dah makin ok, inilah jadinya. Ingatkan temujanji kali ini dapatlah buat detailed scan sebab kandungan dah nak masuk 21w, tapi bila masuk di bilik 10, doktor Gane yang scan perut kata tiada keperluan buat detailed scan kecuali bagi kes-kes khas seperti mengandung pada usia 40-an atau kandungan bermasalah. Doktor Gane juga maklumkan Hospital Besar Melaka biasanya tak buat detailed scan, perkhidmatan detailed scan hanya dibuat di HKL, Hospital Johor dan hospital satu lagi aku lupa. Hurm, takpelah lagipun aku ada bercadang nak buat detailed scan di klinik swasta dengan kehadiran suami bersama. Doktor cuma ambil beberapa bacaan ukuran dan alihkan skrin monitor ke arah aku berbaring untuk tunjukkan jantung baby berdenyut normal dan aktif. Alhamdulillah...

Temujanji kali ini, aku dapat berbincang dengan doktor tentang masalah sembelit yang aku alami sejak usia kandungan 19w+ sehingga kini, alhamdulillah doktor bekalkan ubat sirap Lactul Solution yang perlu diambil selepas makan pagi, tengahari dan malam untuk melawaskan pembuangan. Appointment seawal jam 8.30 pagi hanya selesai pada jam 1.30 petang, betul-betul meletihkan badan sebab ramai pesakit di Klinik O&G dan farmasi Hospital Melaka pada hari ini. Memasuki usia kandungan 20 minggu, Klinik O&G membuka satu lagi fail merah untuk rujukan doktor O&G, berbeza dengan fail sedia ada yang berwarna putih yang aku gunakan sejak tahun 2011 sehingga kandungan 20 minggu ini. Makan masa juga untuk staf nurse mengisi maklumat pada fail merah tersebut, tapi takpelah ikutkan jela prosedur hospital. Doktor setkan temujanji susulan pada usia kandungan 30 minggu iaitu pada 7 Februari 2018 nanti (30w 1d). Jadi, sementara menunggu tarikh temujanji bulan Februari tahun depan, pemeriksaan kesihatan baby akan terus dipantau selang seminggu oleh KKIA Sungai Udang.

Oh sebelum terlupa, tadi masa sesi buka fail merah, aku dah diberikan penerangan tentang GH Melaka sebagai hospital rakan bayi yang mana sebarang puting susu, susu formula tidak dibenarkan diberikan kepada bayi yang baru lahir bagi mengalakkan ibu memberi susu badan kepada bayi untuk tujuan bonding. Selain itu, aku juga telah menurunkan tandatangan pada borang kebenaran vaksin diberikan kepada bayi sebaik sahaja ia lahir nanti.

Bermula usia kandungan aku 20 minggu, aku dah mula mengamalkan beberapa supplemen untuk kesihatan badan sendiri dan anak dalam kandungan seperti; Nutrilite Cal Mag D Plus, NeuroGainPB 500mg dan tambahan ubat Lactul Solution untuk masalah sembelit.


7 Disember 2017 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 21w 2d. Keputusan bacaan buah pinggang yang diambil pada 26 Oktober 2017 baru diperolehi dari makmal dan semuanya OK dan terkawal. Berat badan :74.3kg, nurse catatkan ada kenaikan 400gm dari anggaran kenaikan 1.0kg untuk sela masa 2 minggu (bermula 20minggu kehamilan, kadar kenaikan berat badan maks adalah 500gm seminggu, aku naik 1.4kg dalam 2 minggu jadi extra 400gm).

Bacaan HB pula turun kali ni. Alahai...
5 September 2017 : 13.7
11 Oktober 2017 : 14.1
7 Disember 2017 : 13.2

Masa doktor review, dia catatkan setakat tarikh 7 Dis 2017, jumlah keseluruhan kenaikan berat badan adalah sebanyak 2.4kg (berat badan semasa booking weight (5 September 2017 : 71.9kg). Sempat bercerita dengan doktor tentang doktor GH yang tak buat detailed scan tempohari, dia ada cadangkan buat detailed scan tu di klinik swasta Melaka atau Kluang. Aku cakap aku dah buat booking appointment untuk scan tu di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent, so doktor kata OK juga buat di situ.

13 Disember 2017 - Temujanji untuk detailed scan di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent jam 9.00 pagi tapi telah dimaklumkan oleh klinik bahawa temujanji terpaksa dianjakkan ke jam 11.00 pagi sebab Dr Liu ada hal kecemasan (operation), so ok la sebab memang ambil cuti rehat untuk urusan seharian dengan suami. Sementara tunggu Dr Liu tengah attend kes satu lagi, aku ada tanya staf nurse, bila masa sesuai untuk buat scan 3D atau 4D, nurse cakap sebaiknya masa usia kandungan 28w ke atas sebab masa tu anggota badan baby dah berisi dan baru lawa imej scan tu. So, kali ni detailed scan masih guna konsep 2D cuma doktor akan review secara detail semua anggota badan baby dan jelaskan satu persatu.

Dr Liu masuk bilik dan ucap tahniah dah berjaya sampai 20 minggu lebih minggu kehamilan dan terus tanya nak baby apa? Haha, aku gelak je dan cakap tak kisah baby apa pun asalkan sihat. Dr Liu memang mesra orangnya, dia terangkan satu persatu tentang baby sampai kita suami isteri faham dan tunjuk di skrin monitor. Alhamdulillah perkembangan baby (saiz diameter kepala, saiz perut dan tulang belakang) mengikut perkembangan minggu kehamilan, anggaran berat baby pada 22w 1d ini adalah 478gram. Dr tunjuk di skrin, kedua-dua tangan baby tengah letak di sisi kepala, hihihi apa gaya anak bertuah ni buat agaknya. Tulang kaki, tapak kaki dan kedua-dua tangan jelas normal. Puas Dr godek-godek, nampak la jelas bentuk mata, hidung dan bibir baby, alhamdulillah tiada sumbing. Pundi kencing pun kelihatan normal, air ketuban mencukupi dan tali pusat pun normal. Injap jantung ada 4 dan bersambung lengkap. Degup jantung pun seragam, pada kadar 154bpm dan berada dalam keadaan sihat.

Masa Dr Liu tunjuk jantina baby, aku dan suami dah tergelak besar. Yes, nampaknya 3 kali scan (2 kali di KKIA dan 1 kali di sini) memang jelas dan nyata jantina baby. Dr Liu siap cakap dah boleh la lepas ni pilih beli baju baby dan pilih nama baby. InshaAllah nama permulaan dah ada, suami dah mula panggil nama baby A, cuma tengah fikirkan nama belakang untuk melengkapkan nama anak bertuah ni. Kali ni suami dapat tengok "live" jantina baby, sebab 2 gambar scan sebelum ini aku tunjuk dia masih keberatan nak percaya...kih kih kih.

Lepas sesi scan, kami berbual dengan Dr Liu, dia sebut baby ni "precious baby" berdasarkan kes 7 tahun TTC, usia aku bakal 35 tahun pada tahun depan dan pilihan yang ada untuk cara kelahiran nanti. "Low threshold for caesarean section" terma yang digunakan untuk kes aku ni. Takpelah, pada aku apa-apa cara kelahiran nanti semuanya biarlah yang terbaik untuk baby A dan diri aku. Kalau ada rezeki untuk natural birth, aku terima. Aku pun dah cukup bersedia jika pilihan C-section yang terbaik untuk situasi aku nanti. Temujanji seterusnya mungkin pada usia kandungan 30 minggu ke atas.

18 Disember 2017 - Temujanji susulan kedua di Klinik Oftalmologi Hospital Besar Melaka jam 9.30 pagi. Dalam jam 9.40 pagi nombor giliran dipanggil, pergi ke ruang A untuk buat ujian mata dan kemudian diarahkan ke ruang sebelah untuk dititikkan ubat membesarkan kanta mata...alahai, kabur pandangan dibuatnya sementara menunggu berjumpa doktor. Nombor giliran berjumpa doktor dipanggil pada jam 11.30 pagi. Result kali ini doktor cadangkan pemantauan lebih kerap memandangkan mengandung ni ada efek pada mata, jadi TCA seterusnya adalah pada 31 Januari 2018.

Singgah sekejap di Klinik O&G untuk bertanyakan kekosongan tempat untuk kursus Peneman yang wajib diambil berdua suami isteri. Staf nurse maklumkan boleh datang daftar sebelum TCA seterusnya iaitu pada 7 Februari 2018 memandangkan masa tu dah 30minggu. Jadi seeloknya datang semula untuk daftar masa kandungan 28minggu. Ok, noted!

21 Disember 2017 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada 23w 2d. Kali ni berat turun 100gm, menjadi 74.2kg. Nurse tanya takde selera makan ke? Aik, berat naik pun kena soal, berat turun pun kena soal? Huhu....Jumpa doktor kali ni, minta tambah stok supplemen Obimin dan minta ubat selsema dan sakit tekak sebab semalam dah start bersin-bersin dan tersumbat sebelah hidung, susah betul nak tidur malam dalam aircond. Alhamdulillah dapat la ubat makan selsema yang boleh menyebabkan mengantuk dan ubat kumur untuk sakit tekak. Temujanji seterusnya adalah pada 4 Januari 2018 pada 25w 2d inshaAllah.


30 Disember 2017 - Ajak adik bongsu dan suami pergi cari barang keperluan baby dan diri sendiri di dua tiga tempat. Nasib baik ada bawa adik, kalau nak harapkan aku dan suami je keluar berdua mencari barang, memang blur la jawapnya. Alhamdulillah 70 peratus keperluan dah beli, dan ada keperluan yang adik beradik willingly nak beri terus atau pinjamkan semasa tempoh berpantang. Alhamdulillah, terima kasih. Masa dalam kereta, berbual dengan adik..kalau arwah Mak masih ada mesti arwah Mak jahitkan tilam kekabu untuk baby A. Sebak pula rasa hati bila teringatkan arwah Mak yang tak pernah dapat tengok cucu dari aku dan suami.

4 Januari 2018 - Temujanji susulan pada usia kandungan 25w 2d di KKIA Sungai Udang. Last timbangan berat untuk trimester kedua ini adalah 74.6kg, naik 400gm dari 74.2kg dalam tempoh 2 minggu. Yang lain checkup macam biasa cuma bacaan HB nak masuk trimester ketiga ni makin turun pula tapi masih atas dari 11. Doktor kata masih ok cuma kalau lepas ni turun bawah 11 mungkin akan topup dengan ubat lain untuk elak anemia.

Minggu ni dah nak masuk trimester terakhir iaitu trimester ketiga. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Dr Vincent pun dah warning, masuk 28w nanti dah boleh standby incase early delivery. Aku pun dah mula tengok video-video kelahiran baby bawah 28w untuk persediaan mental, cuma aku sentiasa berharap biarlah baby lahir cukup bulan dan bukan pra-matang (bawah 36w). Amin ya rabbal alamin. Kawan-kawan, tolong doakan juga ye? 

10 comments:

  1. walapun kerja kat hosp kluang, tak tau pula ada detail scan kat sini..doakan kita pregnant juga..setahun rest dari segala temujanji doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam Iman, itu based apa yang doktor yang scan saya tu beritahu. Takpe la, ada lebihan duit sedikit, sya buat detailed scan di klinik swasta je, lagipun dapat buat scan biasa di GH Melaka pun dah cukup bersyukur.

      Delete
  2. salam sis..skdr sharing,masa pregnant saya amalkan ostematrix shaklee.Alhamdulillah xde sembelit semasa dn dalam pantang.selain itu kulit baby pun putih gebu,hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, so far masalah sembelit dah selesai dengan bantuan ubat yang KKIA bekalkan dan saya dah takde masalah sembelit lagi setakat ini. Lagipun ubat KKIA dibekalkan percuma (murah je harganya) ;) Anyways thanks sharing...

      Delete
  3. Replies
    1. InshaAllah bulan April ni Fieza...38w dah kena induce.

      Delete
  4. Senyum senyum je akak baca.
    :)

    Mmg kalau utk kita ni term nya "precious pregnancy". So, elective czer lah pilihannya utk low risk masa bersalin.
    Akk suka je elective czer ni sbb kita dah get ready mental n physical. Dan tak semua orang dpt peluang utk elcs ni. Majoriti emergency czer. Tu mmg takuittt. Hehe.
    Tapi, apa pun..yg penting ibu dan anak sihat.
    Jangan macam ada sorang artis tu yg katanya tak kesah bab isteri kena tebuk perut, yg penting dia dpt tgk anak yg jadi goal paling utama dalam hidupnya. Hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa, hubby Yani dah berbasa basi ni tanya bila boleh start try 2nd baby...huk alohhh, yang dalam perut ni pun tak tahu apa nasib lagi dia dah tanya bab tu...Yani ni kalau boleh bersalin normal ke c-zer ke biarlah ada gap 2 tahun sebab nak fully breast feeding anak ni dulu...nak betul-betul bela dan curahkan kasih sayang. Memanglah kalau tengok umur masa dah makin suntuk...alahai laki aku ni...

      Delete
  5. tahniah semoga selamat deliver nanti aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, inshaAllah Jari Manis...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)