01 January 2018

Entri Pertama Tahun 2018


1 Januari 2018.

Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas dan hidup di atas muka bumi Allah SWT ini di pagi hari pertama tahun 2018. Ambil peluang briskwalking 3KM di taman perumahan dengan suami dalam keadaan mengah membawa perut. Takpela, ia bagus untuk menguatkan kaki dan otot rahim orang kata. Selagi terdaya, memang semangat nak beriadah sentiasa membara dalam jiwa ni.


Untuk rekod peribadi, berat pada 1 Januari 2017 adalah sekitar 81.6kg dan berat pada 1 Januari 2018 pagi ini adalah sekitar 74.0+kg. Semoga berjumpa semula angka 6 yang dirindui selepas tempoh berpantang tahun ni...amin ya rabbal alamin. Untuk rekod juga, tahun 2017 menyaksikan berat badan terendah yang pernah aku capai adalah sebanyak 69.0kg pada 12 Ogos 2017 selepas keluar wad GH Melaka.


Perasaan syahdu dan teruja dikejutkan bangun jam 3.00 pagi tadi olehNya sangat indah sekali. Dah terlalu lama amalan solat sunat taubat nasuha dan tahajjud aku tinggalkan. Betapa lalainya aku sebagai manusia saat diberikan nikmat hidup...Allahu. Malu rasanya berdoa atas sejadah saat itu.


Alhamdulillah, cabaran menabung 52 minggu tahun 2018 telah pun bermula. Macam biasa, aku advancekan simpanan di awal tahun untuk beberapa minggu kehadapan sementara duit lebihan masih di dalam tangan. Di hujung-hujung minggu akhir tahun nanti agak kasar jumlah simpanannya jadi kita mula menabung jumlah yang banyak awal-awal tahun ni agar tak terasa sangat menghampiri pengakhiran tahun 2018 nanti...inshaAllah.

2 comments:

  1. salam ziarah & follow sini jugak..,hihi..

    misi yang memanjang copy paste dari tahun dulu2 masih belum terlaksana lagi..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam perkenalan juga Julie...takpe jika misi belum terlaksana, awal tahun 2018 mcm ni kita masih boleh perbaharui dan mulakan seberapa mampu yang mungkin.. ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)