05 January 2018

Misi Bebas Hutang Tahun 2018


5 Januari 2018.

Rasa perlu dijot down di sini untuk peringatan diri sendiri dalam menjayakan misi bebas hutang tahun 2018 ini. Kebetulan beberapa hari lepas aku terima penyata tahunan bagi tahun 2017 pinjaman sewa beli kenderaan dari Hong Leong Bank, eh bagus pulak sebab memang tengah dok fikir berapa baki pinjaman yang terakhir aku perlu bayar pada bulan Mac 2018 (genap 9 tahun perjanjian dengan bank). Huish, tak sabar nak langsaikan hutang kereta ni, lepas ni ngadap kos maintenance je la. Di bawah ni adalah pengiraan baki pinjaman sehingga bulan Mac 2018, dan aku tengah survey cara nak buat proses pindahmilik geran kereta tu dengan pihak bank sebelum due date bersalin aku nanti, harap-harap dapatlah diselesaikan sebelum duduk berpantang kat rumah 3 bulan. Roadtax dan insurance kereta tu pun akan tamat pada awal bulan April ni, harap-harap sempat settlekan juga dengan pihak syarikat tempat aku beli kereta ni dulu.
Bayaran bulanan pinjaman kereta memang aku lebihkan RM560. Kalau ikutkan perjanjian, sebulan bayaran balik yang dikenakan adalah RM558.42.

Begitu juga dengan bayaran balik duit pinjaman PTPTN yang kakak aku dahulukan (bayar lumpsum RM13,450 kepada PTPTN sebab nak elakkan perjanjian ujrah) bermula September 2015 aku bayar balik pada kakak dan sepatutnya akan habis pada bulan Mac 2019. Tapi setiap tahun aku bayarkan lebih seiring dengan kenaikan gaji dan elaun tahunan, jadi alhamdulillah jika tiada aral melintang, pada bulan Ogos 2018 ini inshaAllah semua pinjaman PTPTN itu dapat diselesaikan.

Bagus perancangan Allah SWT, selesai langsaikan hutang-hutang besar, lebihan duit tu boleh fokus untuk kos penjagaan anak dan lain-lain keperluan. Alhamdulillah, Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya!

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, banyak dah Allah SWT permudahkan untuk tahun 2018 ni...memang dah cantik dah planning...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)