03 July 2017

Meal Prep Untuk Menu Berbuka Puasa Ganti


3 Julai 2017.

Salam 9 Syawal 1438H semua! Dah start puasa ganti atau puasa sunat Syawal? Hari ni hari pertama puasa ganti aku, alhamdulillah semua dipermudahkan; dapat bangun awal untuk bersahur dan kemas rumah sementara menunggu waktu solat Subuh. Bersahur seperti biasa dengan shake protein, buah lai dan 1 liter air masak.

Malam tadi selesai buat meal prep chicken grill aglio olio untuk menu berbuka puasa minggu ini. Memandangkan aku akan balik kerja ikut waktu asal dah (8.30 pagi - 5.30 petang) dan sampai rumah dalam pukul 6.30 petang macam tu (itu pun kalau jalan tak jem), jadi kena bijak sikit buat persediaan menu berbuka supaya diet tak ke laut dalam. Legalah sikit hati bila fikirkan makanan dah siap ada dalam fridge, tinggal nak panaskan balik dalam mikrowave sekejap.


2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai puasa ganti dalam waktu Syawal semalam. InshaAllah esok sambung puasa sunat Syawal pula...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)