05 July 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017


5 Julai 2017.

Salam 11 Syawal 1438H semua! Kejapan dah masuk minggu kedua bulan Syawal, kan? Takut terlupa, jadi letak jugalah gambar-gambar beraya tahun ni di blog. Mana tahu boleh buat rujukan di masa depan nanti kan? Tahun ni beraya di belah mertua. Bukan tahun ini sahaja, bakal menjadi tradisi beraya di rumah mertua masing-masing dalam kalangan kami adik beradik bermula tahun ini dan seterusnya memandangkan mertua masing-masing masih ada lagi.

Kami suami isteri balik ke Seremban pada hari Sabtu, sehari sebelum Raya sebab mengemas dahulu rumah arwah Mak dan uruskan anak-anak kucing. Alhamdulillah semasa sampai, sempat kami bantu kakak ipar memasak rendang daging di luar rumah sehingga selesai. Selain itu, aku membantu mak mertua dan kakak ipar memasak lauk lontong untuk menu raya.


Selfie kami 1 Syawal.
Raya pertama memang tak berjalan ke mana-mana. Konsep rumah mertua ni sama macam rumah ibu/ rumah arwah Mak tempat semua berkumpul. Jadinya lepas menghantar mak mertua dan suami solat sunat Aidilfitri di masjid taman perumahan, kami berkumpul di rumah sambil menunggu keluarga adik beradik arwah bapa mertua datang beraya sampai ke malam. Aku macam biasalah, menjaga port sinki membasuh pinggan mangkuk. Hehehe....


Bergambar dengan keluarga mertua


Selfie 2 Syawal.
Raya kedua barulah berpeluang keluar beraya menemankan mak mertua ke rumah adik beradik arwah bapa mertua di taman perumahan bersebelahan.

Raya ketiga kami berdua bergerak balik ke Melaka semula, menunggu adik beradik yang lain sampai di rumah arwah Mak. Dah berjanji raya ke-4 kami semua akan berkonvoi beraya di rumah mak dan bapa saudara terdekat dan rumah adik beradik yang berada di Melaka.


Selfie 4 Syawal.
Alhamdulillah dapat juga bergambar beramai-ramai dengan keluarga adik beradik kecuali keluarga Bangah. Tahun ini Bangah beraya di Brunei. Seronok dikelilingi anak-anak buah yang ceria dan aktif. 


Selfie 4 Syawal di perkarangan rumah saudara sebelah arwah Abah.


Selfie 5 Syawal di rumah kakak.
Kali ini dapat berkumpul 3 keluarga sahaja sebab adik bongsu dan kakak seorang lagi dah mula bekerja dan tidak dapat join. Dapatlah merasa makan ketupat palas dan sambal udang tempoyak petai di rumah KakLang....sedapnya!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)