04 June 2017

Berworkout Selepas Terawih Di Rumah Mertua


4 Jun 2017.

Malam tadi berterawih di Masjid Bukit Chedang, Seremban menemani mak mertua sehingga jam 9.40 malam. Sesampai di rumah, cepat-cepat selesaikan blend shake herbalife dan minta suami masukkan dalam fridge untuk diminum semasa waktu sahur pagi tadi.

Selepas sarung baju tshirt dan seluar tight, terus aku pasang tablet dan mainkan video powerwalk workout Leslie Sansone dan bersenam. Huiii...kuyup berpeluh dibuatnya. Alhamdulillah dapat bersenam dalam 45 minit untuk 3miles powerwalk, dalam pukul 11.15 selesai. Mandi air panas dan terus tidur lena. Feeling great and worth it every sweats!

10 comments:

  1. wah..nnti nk try la..ada kat you tube ke video ni yani?selalu saya bukak youtube, cari zumba je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade je video powerwalk workout Leslie Sansone ni di Youtube, taip je perkataan Leslie Sansone dan search. Ada video lama dan ada video terbaru. Yani suka ulang video lama sebab dah mahir steps dia. Tak susah pun. Cubalah nanti Fieza!

      Delete
    2. dapat dah, yani..jumpa kat you tube..sebelum ni layan zumba je..smlm try ni sbb bulan puasa..nk light2 exercise je..betul, step dia senang je..saya buat sebelum berbuka..berpeluh gak la sikit..

      Delete
    3. Alhamdulillah...harap enjoy berpowerwalk sepanjang bulan puasa ni.. :)

      Delete
  2. dah 10 hari tak jogging ni hahahaha...ingatkan petang2 redup nak jog la 2-3km..hari2 sekarang ni hujan pagi dan panas sampai ke maghrib..redho jelah huwaa... sy buat tabata dan HIIT selang 2hari..semoga istiqomah..utk jaga stamina. cubalah.. :) senaman dia sekejap je 10 ke 15 minit...afterburn tu yang best...calories still burn dalam 20-24jam lepas bersenam, insya allah. sy buat utk strength .sometimes we need to increase our burden exercise, bukan dari segi masa tapi dari segi intensity juga.. cari cardio HIIT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah refer coach saya, dengan berat sekarang dia tak galakkan buat tabata sebab akan pressure pada kaki. Jadi sementara nak dapat ideal weight ni, saya kena banyakkan cardio workout dan mula selitkan weight training. Try buat burpees semalam pun dah rasa nak gelap mata.

      Delete
    2. ok2... slow2 buat :) insya allah, bodyweight dan dumb bell pun kesan dia sama, cuma sy ni malas pakai dumb bell hahaha . ada je bodyweight yang tak beban kaki..cuba cari core exercises/abs exercises, kebanyakannya senaman sambil duduk atau baring je :)

      Delete
    3. Ok noted Dr Mai..nanti saya cari workout yg Dr Mai cakap tu

      Delete
  3. Wah.. Eyza ni tak tau semangat nak kurus tu dah kelaut dalam rasanya... Lepas raya ni baru nak start balik. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata, it's now or never. Sebab fikirkan dah masuk 6 bulan berdiet sihat dan bersenam....takkan la 1 bulan nak rehat terus dari bersenam kan? Lagipun badan rasa lemau la bila tak berpeluh bakar kalori..... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)