01 June 2017

Bersenam Di Bulan Ramadhan

1 Jun 2017.

Alhamdulillah, hari ini dah memasuki hari ke-6 kita umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari ini juga dah masuk separuh dari tahun 2017. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Bulan puasa korunk bersenam atau beriadah tak? Bila tengok ramai kawan-kawan di FB yang mengekalkan memontum bersukan di sepanjang bulan Ramadhan ni, sedikit sebanyak mencetus rasa teruja untuk turut sama bergerak aktif bersenam untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori.

Tapi kemampuan setiap individu berbeza, jangan pula tengok kawan tu upload result berjogging 2-3KM sebelah petang sebelum berbuka, kita pun pulun berjogging sebab rasa tercabar. Mungkin kita boleh pelbagaikan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan bahagikan kepada beberapa segmen. Macam aku sendiri, nak berjogging lepas waktu kerja sebelum berbuka memang tak la kan. Habis kerja jam 4.00 petang (sepanjang bulan Ramadhan, waktu kerja aku WB4 7.30 pagi - 4.00 petang), memang pecut balik rumah untuk memasak menu berbuka. Jadi aku lebihkan aktiviti berjalan kaki di sebelah pagi dan petang, sengaja parkir kereta jauh sedikit dari pejabat. 

Bulan puasa ni agak susah sedikit nak kekalkan target 10,000 langkah sehari. Purata steps sehari adalah lingkungan 3,000 - 7,000 langkah sahaja. Masa hari kedua berpuasa (Ahad) tu je yang dapat capai target 10,000+ langkah sehari, itupun sebab meround dua shopping complex di KL dengan suami. Masa waktu bekerja tak banyak pergerakan sangat. Terasa badan tak bermaya je bila tak bersenam.

Jadi malam tadi, kuatkan juga semangat lepas selesai solat terawih dan witir, aku pasang video powerwalk workout dan buat untuk tempoh 45 minit. Alhamdulillah terasa segar badan dapat keluarkan peluh sebelum tidur. Dan target 10,000 langkah pun tercapai dengan pergerakan kardio tu. Nampak gaya kena berusaha buat powerwalk dan weight lifting la sebelah malam untuk sepanjang bulan Ramadhan ni. Chaiyokk!!



6 comments:

  1. Good idea. Boleh cuba ni. Thanks sharing. :)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing, baru tau pasal powerwalk..memang petang2 agak kelam kabut..pernah cuba utk jogging, tapi asyik hujan je ptg2 hahaha( asalan kah ini) kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, Yani pun belajar pasal powerwalk ni dari other blogger sejak beberapa tahun lepas. Ia cardio workout indoor incase cuaca tak mengizinkan untuk bersenam kat luar rumah.

      Delete
  3. I banyak tengok orang pergi gym (24hrs tu) before sahur pukul 4 am, pastu sahur pukul 5. Teringin la juga sebenarnya. Tapi tu la....(salahkan diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, itu betul kuat semangat cari masa bersenam dan ke gym masa bulan Ramadhan ni. So far tak pernah masuk gym, lebih selesa di rumah dan hutan botanikal.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)