23 May 2017

The Struggle Is Real

23 Mei 2017.

24.06.13 - 66.7 KG
14.10.13 - 64.8 KG
03.02.14 - 63.0 KG
26.05.14 - 63.9 KG
15.09.14 - 66.1 KG
02.02.15 - 68.5 KG
22.06.15 - 70.9 KG
09.11.15 - 73.5 KG
21.12.15 - 75.0 KG
09.05.16 - 77.0 KG
29.08.16 - 80.0 KG
16.01.17 - 81.4 KG
.
..
...
....
.....
......
20.05.17 - 74.5 KG

YEAH. THE STRUGGLE IS REAL. BUT WORTH IT.

Lama dah simpan rekod turun naik berat badan ni sejak tahun 2013 sampai sekarang. Selama ini in denial mood, jadi tak berani la nak paparkan kat mana-mana. Simpan buat pekasam. Bila tengok balik bacaan penimbang tu, boleh nampak pertambahan berat badan naik sedikit-sedikit, bukan bertambah overnight. Entah la, mungkin belum timbul kesedaran lagi masa tu. 

Bilanya timbul kesedaran tu?
Bila semua baju dah ketat, sendat dan jadi moody dengan bentuk badan sendiri. Bila fikir-fikir balik, Ya Allah....masa tu berjogging setiap minggu tapi malam-malam makan nasi lemak ayam berempah, boleh kata setiap minggu makan mee goreng Indomee dua bungkus sekali makan, minum air manis dan macam-macam lagi la. Ikutkan sangat nafsu makan dan rasa kekosongan dalam hati.

Agak drastik juga tindakan yang aku ambil pada hujung bulan Disember 2016 masa tu, terus cekalkan hati untuk kembali berdiet dan turunkan berat badan. Masa tu hati tengah berbolak balik sama ada nak join JK1M Kevin Zahri cawangan Melaka atau nak join online coaching weight loss. Masa tu juga adalah berwhatsapp dengan beberapa orang coach JK1M cawangan Melaka, ada yang balas whatsapp tapi macam hendak tak hendak je jawap, ada yang ok jawap. Kebetulan masa tu aku ternampak status pendaftaran online coaching WLC oleh Coach di FB, jadi aku cuba nasib tanya kekosongan. Alhamdulillah, dilorongkan hati untuk join online coaching yang mana saat ini aku bersyukur dengan tindakan yang aku telah ambil.

4 comments:

  1. Insya allah... :)yani coaching dgn coach syuhada ke? sy suke follow dia kat IG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Yani join weight loss online coaching dengan Coach lelaki. :)
      So far tak reti guna IG dan tak ada akaun IG, memang fully FB sekarang ni.

      Delete
  2. IG boleh buka dari akaun FB ) sebab sekarang IG bought by FB..try it! saya lagi suka sebab IG lagi privasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke. Noted. Nampak naw tak ikut trend terkini even dlm bidang IT.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)