09 May 2017

6KM MyManUnited MatchDay Run 2017

9 Mei 2017.

Larian Sabtu malam lepas, di mana ini adalah larian sebelah malam pertama kami berdua suami isteri sejak berkecimpung aktiviti berlari ini. Sekadar nak menambah pengalaman dan mengambil peluang merasai suasana berlari disebelah malam. Flag off di Marina Putrajaya jam 8.00 malam, bagi kategori 6KM sebelum kategori 3KM Family Run dilepaskan.

Untuk larian kali ini, kami duduk di hotel yang sama kami pernah book dua kali sebelum ini iaitu COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya di Dengkil sebab sangat selesa, harga berpatutan dan sangat dekat dengan lokasi larian. Owh ye!! Kali ini kami berdua dapat belajar jalan dalam antara Dengkil - Putrajaya melalui Taman Cabaran tanpa perlu masuk ke jalan utama (jalan highway), lebih senang dan pengalaman baru bagi kami. Memang mudah dan senang nak 'cam' landmark.

Larian ini masih dalam tempoh jarak masa yang relevan dengan keupayaan kami, 6KM di bawah 1 jam. Cuma ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat oleh penganjur sebab terima banyak teguran dan rungutan dari peserta; bermula dari proses race kit collection, peta larian, pengendalian finisher medal collection dan semasa event berjalan. Bayangkan, ada peserta yang berlari 6KM yang tidak mendapat apa-apa medal disebabkan cara pengagihan finisher medal yang kelam-kabut, di bawah khemah yang tiada pencahayaan yang jelas, makanan & minuman di khemah yang lewat sampai....eh banyak lagi la. Kalau tengok pada FB Page penganjur, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan memberi komen negatif. Hanya finisher medal dan corak design baju t-shirt yang lawa je la yang kami boleh beri kredit.

Ok la, minggu hadapan kami akan berlari pada event terakhir sebelum stop sebulan lebih, dan hanya akan sambung berlari pada bulan Julai nanti. 





No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)