10 May 2017

Grilled Chicken With Broiled Pepper Aglio Olio


10 Mei 2017.

Practice makes perfect kan? Akhirnya....kali kedua memasak dapat juga buat aglio olio yang mencapai tahap ekspektasi diri sendiri. Malam tadi tiba-tiba keluar kat newsfeed FB aku, resepi Sauteed Chicken with Roasted Pepper Pasta dari page FB Health. Bila tengok short video resepi tu, rasa menarik untuk cuba buat untuk menu tengahari cuti-cuti ni.

Cara masak pun lain sedikit dari yang aku belajar sebelum ini dari resepi orang lain. Lain yang macam mana?
- Kali ini ayam digrill sahaja. Lumur dengan lada hitam dan garam kemudian grill atas magic pan.
- Lada benggala dipenyetkan atas dulang, kemudian panggang dalam oven untuk 6-10minit. Potong memanjang dan gaulkan dengan semua bahan.
- Rebus asing spaghetti. Masukkan spaghetti dan gaul lepas semua bahan dah masak dan api dah tutup. Yang 1st dulu aku masukkan masa tengah masak, jadi spaghetti jadi agak 'soaked' dan lembik.
- Terlupa nak masukkan pati ayam. Tapi ok plak rasa, tak terjejas.

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)