13 April 2017

11 April 2017 : Ayah Mertua Meninggal


13 April 2017.

Dua hari dah pemergian arwah ayah mertua ke rahmatullah. Sakit yang sekejap, alhamdulillah. Yang sebenarnya, dah dekat sebulan arwah bapa mertua yang aku panggil Daddy sakit, bermula dengan jangkitan salur air kencing dan buah pinggang yang kronik serta komplikasi penyakit yang lain. Last aku jumpa Daddy dalam keadaan sihat boleh berbual adalah 19 Mac 2017 lepas berlari di Putrajaya. Lepas tu aku dh sibuk dengan Tilawah Al-Quran Kebangsaan minggu lepas, suami ada balik sekejap  (9 April 2017) bantu betulkan benteng sungai dalam kebun di kampung dan sempat lawat Daddy. Waktu ni suami kata Daddy dah nampak uzur sangat, jalan pun dah tak kuat mengigil turun tangga dan pakai tiub air kencing. Aku ada cakap dengan suami, nasihat Daddy admit hospital sebab kalau duduk kat rumah susah doktor nak pantau tapi entahlah....

10 April 2017 (Isnin) : Waktu Subuh dapat call dari mak mertua, bagitahu ambulans dah bawa Daddy ke hospital HTJS sebab Daddy mengadu sesak nafas. Disebabkan Daddy masih di zon kecemasan, kami pergi juga ke tempat kerja, cadangnya nak ambil timeslip tengahari dan balik sekejap menjenguk Daddy. Sesampai di sana, dapat maklum Daddy dimasukkan ke CCU wad 6C dan di'tidur'kan. Doktor cakap buah pinggang Daddy makin kronik dan perlu dibuat dialisis. Kami stay di Seremban sampai Maghrib dan balik semula ke Melaka.

11 April 2017 (Selasa) : Pukul 6.30 pagi abang ipar call HP suami maklumkan doktor dah minta consent keluarga untuk sama ada nak buat CPR atau tidak incase heart beat Daddy jatuh. Doktor dah suruh bersedia sebarang kemungkinan sebab Daddy dah makin lemah. Dialisis yang dibuat tak berjaya sebab tubuh badan Daddy reject. Kami pergi kerja juga, tapi dalam keadaan standby mode untuk pecut balik ke Seremban. Dalam pukul 9.30 pagi suami call suruh bersiap balik Seremban sebab Daddy dah nazak. Suami pecut di highway, sampai di HTJS kami berkejaran naik ke tingkat 6 memanjat tangga. Masa tiba di katil Daddy, heart beat Daddy dah tinggal 42. Suami dah menangis dah masa tu. Aku blur, seolah-olah rasa semula keadaan masa arwah Mak di ICU dulu. Sama. Aku tak boleh menangis, badan aku mengigil. Once suami dah peluk cium Daddy, heart beat Daddy mula turun dan turun. Daddy memang tunggu anak bongsu dia sampai. Kami baca Yasin di tepi katil. Selesai sahaja baca Yasin, heart beat Daddy dah takde. Staf nurse mencari doktor untuk sahkan tarikh kematian. 12.30 tengahari Daddy pergi.

Urusan memandikan dan kafan semua keluarga mertua serahkan pada pihak hospital uruskan, selesai lewat hampir jam 4.00 petang. Jenazah tak dibawa balik ke rumah, hanya singgah di Masjid Kariah taman perumahan untuk disolat jenazah selepas solat Asar dan terus dibawa ke Tamah Perkuburan Makan Haji Said. Dalam perjalanan, hujan dah mula turun. Sesampai di tapak kubur, hujan turun selebat-lebatnya.

Selepas solat Isyak, keluarga mertua buat bacaan tahlil di Masjid Kariah taman perumahan. Aku menemankan mak mertua ke Masjid bersama suami dan abang ipar. Mertua upah orang taman untuk masakkan nasi lemak ayam untuk disedekahkan pada jemaah yang sama-sama hadir dalam tahlil. Mak mertua cakap cukuplah tahlil sekali malam ini, dan tak perlu buat majlis tahlil 100 hari lagi dah sebab tak nak menyusahkan sedara mara nak berkumpul.


12 April 2017 (Rabu) : Lepas sarapan, kami ke kubur untuk sedekahkan Al-Fatihah dan bacakan Yasin. Kami uruskan sekali signage nama arwah Daddy untuk dipacakkan pada kubur sementara tunggu batu nesan dinaikkan. 

Tak sangka sebulan lagi nak bertemu Ramadhan, kami kehilangan Daddy. Terasa kosong raya tahun ini. Aku hanya tinggal mak mertua seorang. Lepas solat, berbual dengan suami, menitik airmata suami bila kenangkan tak sempat nak tunaikan hajat nak bawa mak dan ayah mertua bercuti ke Cameron Highland tahun ni. Aku cakap pada suami, takpelah sekarang ini kita fokus pada mak mertua, selagi ada hayat dia, kita as anak dan menantu gembirakanlah hatinya dan bawa berjalan bercuti untuk hiburkan hatinya.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)