11 April 2017

Tips Pinggan Sihat SukuSukuSeparuh & Berat April 2017

11 April 2017.

Tak sangka perkongsian tentang portion bekas makanan bekal aku dalam group coaching online Coach kongsikan dalam FB pagenya. Alhamdulillah sekadar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang lain. Bekas ini aku dapat semasa Tilawah Kebangsaan, urusetia makanan sediakan food pack untuk semua urusetia yang terlibat bagi sesi makan malam. Tapi of course la di portion separuh tu urusetia penuhkan dengan nasi membukit. Aku bawa balik, basuh dan gunakan semula untuk bekal makan tengahari di pejabat menggunakan konsep pinggan sihat dan sukusukuseparuh tu.

Pagi tadi timbang berat badan untuk bulan April 2017, alhamdulillah ada penurunan berat badan ke 76.9KG iaitu sebanyak 5 KG sepanjang aku join WLC di bawah Coach Syai. Syukur alhamdulillah, walaupun lambat tapi sedikit demi sedikit ada penurunan.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)