16 January 2017

5KM Twincity Marathon 2017

16 Januari 2017.

Alhamdulillah, selesai juga akhirnya larian pertama kami untuk permulaan tahun 2017. Sebelum event, punya la berdebar-debar dalam hati, lepas event dan dapat medal rasa lega dan kepuasan sangat. Hari Sabtu, naik ke Cyberjaya untuk race kit collection di D'Pulze Shopping Complex lepas tu terus check in ke Tan'yaa Hotel Cyberjaya. Lepas solat Asar, terus jalan-jalan di IOI Resort City & Mall Putrajaya. 1st time ke IOI tu, tawaf semua floor dapat juga 10,000 langkah. Hehehe, tapi mendapatlah kaki rasa lenguh sakit.

Makan malam kami: Garden Salad dan baki ayam goreng TCRS untuk aku, dan Fish & Chip untuk suami. Berjaya tahan diri dari usik fries tu....congrate to myself..huhuhu

Takeaway makanan dari Fish & Co. untuk makan malam dan bawa balik ke hotel. Tidur awal sebab nak bangkit awal. Selesai solat Subuh, terus kami ke Persiaran Flora tempat flag off. Untuk kategori 5KM, flag off time adalah pada jam 7.00 pagi. Laluan kami melalui depan bangunan MAMPU dan Kompleks Universiti Islam Malaysia. Route pada kilometer ke-3 agak mencabar sebab kami perlu mendaki bukit. Memang masa tu dalam hati dok merungut "Apasal la aku join event larian ni hah??"  Kami dapat selesaikan larian dalam tempoh 53 minit dan terus beratur untuk ambil pisang, air mineral, air tenaga, medal dan juga sijil penyertaan.

Kali ni anak buah sulung dan abang ipar sulung join larian Twincity Marathon ni, jadi seronok la sikit. Abang ipar kami masuk kategori Full Marathon, fuh.....tercabar sungguh. Seawal jam 4.00 pagi dah flag off. Anak buah pun ada sebut bulan Mac ni kolejnya akan adakan larian Superheroes, kami pun terus cakap nanti dah open registeration, jangan lupa bagitahu kami, bolehkan kami register untuk event larian bulan Mac (so far bulan Mac masih belum register apa-apa event larian).



Owh, nak selit rasa teruja duduk di Tan'yaa Hotel Cyberjaya ni yang kami tempah melalui Booking.Com. Dengan harga semalam RM170 untuk bilik Executive Deluxe Suite, memang tak jangka bilik yang kami dapat sangat selesa (tak tahulah bagi orang lain, tapi pada kami yang tak cerewet ni memang dah cukup selesa). Kami ditempatkan di Aras 6 iaitu aras khas untuk non-smoker.

Overall memang suka sangat dengan bilik Executive Deluxe ini dan suami pun kata kalau ada apa-apa larian di kawasan Cyberjaya atau Putrajaya, boleh consider hotel ni dulu sebelum buat tempahan mana-mana hotel.

Tadaa.....luas tak? Masuk-masuk tu memang ternganga mulut tengok keluasan bilik ni. Bak kata suami, "Boleh main kejar-kejar"



Yang kami suka, sebab ada disediakan kemudahan microwave (memudahkan kami panaskan semula makanan takeaway kami) dan mini fridge untuk kami simpan protein shake Herbalife kami. Pantri juga lengkap dengan pinggan, mug dan juga sudu garpu.



4 comments:

  1. wahh..mmg bukan senang nak elakkan fries kalau dah ada depan mata...tahniah ..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang irresistable tapi berjaya tak ambik walau sepotong pun....lagipun kenyang ngadap garden salad tu sorang.

      Delete
  2. pernah duk kat Tanyaa jugak..ikutkan masa tu harga RM160 utk bilik.Sekali bila check in dia upgrade jadi apartment 1 bilik hihihih...kite amik je ler....best kan? ada gym..cuma satu je no pools..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...aritu masa google pasal hotel ni, ada jumpa link entri Dr Mai review pasal hotel ni. So tu yang confident sikit terus book....yes, unfortunely tak dak pool..sayangkan? Overall mmg best hotel ni.Cuma aritu tak dan try breakfast kat cafe dia sebab abis running dh pukul 10 lebih...balik nak baring je letih...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)