28 December 2016

Kenangan 2016, Sasaran 2017

28 Disember 2016.

Minggu terakhir tahun 2016.
Banyak benda nak dilistkan untuk kenangan sepanjang tahun 2016 ini, dan begitu banyak benda juga yang nak disasarkan untuk tahun 2017. Nanti aku akan tuliskan. Apa-apapun, inshaAllah aku dah bersedia untuk menghadapi tahun 2017. Amin ya rabbal alamin.

Ada apa dengan 2016?

Usaha TTC
November 2015 stop treatment di GH Melaka. Bulan April 2016, mula prosedur IUI dengan Dr Sukhilmi di Senawang, Negeri Sembilan. Cuma belum rezeki kami lagi, IUI pertama ini darah haid turun pada hari nak check UPT (2WW). IUI kedua tergendala bilamana klinik Dr Sukhilmi buat renovation, jadinya usaha TTC selepas itu hanyalah dari usaha sendiri.

Period masih datang setiap bulan cuma cycle haywire. Start bulan Ogos, kami berdua berusaha dengan produk Kak Siti Bidan Subang sehingga ke hari ini; set minyak DD dan set jus keramat untuk kesuburan.

Kerjaya
Hampir 8 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, pada bulan Oktober lepas aku menerima penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) semasa Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-78 TYT Tahun 2016.

Yang terkini, baru selesai melengkapkan dokumen pemangkuan ke gred baru untuk dipertimbangkan oleh pihak JPA. Penempatan baru masih belum diketahui, wallahualam.



Riadah
Tahun 2016, nampak gayanya impian nak berlari dah tercapai. Bermula dengan actual run pada bulan Mac 2016, dan kemudian berjinak-jinak dengan virtual run bermula bulan September sehingga kini.

Bila join actual run, secara tak langsung kami berdua dapat merasai pengalaman baru travel luar Melaka, check in hotel dan shopping alatan berkaitan sukan ini.

Kucing
Genap dua minggu kucing kesayangan kami, Abell meinggalkan kami akibat sakit secara mengejut. Rindu masih belum terpadam. Alhamdulillah, lahir enam ekor anak-anak kucing baru buat pengubat rindu. Tengah lincah bermain, bila ada kelapangan masa, semuanya dibawa masuk dalam rumah untuk bermain dan dibelai.

Apa yang ingin dicapai pada 2017?

Usaha TTC - Mungkin akan mencuba menyambung kembali usaha rawatan kesuburan iaitu IUI untuk 2-3 kali sebelum memikirkan kaedah lain.


Kesihatan - Owh, banyak benda nak buat tahun 2017 ni. Salah satunya nak berusaha turunkan berat badan dengan sasaran 10KG dalam tempoh setahun. Bukan mudah tapi inshaAllah. Kami berdua suami isteri ada mendaftar untuk online coaching bagi weight loss challenge. Nak start semula eat clean dan eliminate pengambilan fastfoods, sugar intake dan banyakkan minum air kosong. Kebetulan kawan ada buka kelas tabata dan gym di rumahnya, ingat nak ambil peluang luangkan masa bersenam di gym juga.

Riadah - Kami dah mendaftar beberapa actual run dan virtual run bagi memastikan kami sentiasa dalam keadaan training dan aktif beriadah. Untuk bulan Januari 2017, kami akan menyertai 3 actual run dan 1 virtual run di luar Melaka. Untuk actual run pada bulan Februari pun kami sudah mendaftar.


Rancang & Catit Dalam Planner - Semoga istiqamah untuk manfaatkan sepenuhnya buku planner 2017 yang dibeli, mencatatkan perancangan hidup dan apa-apa yang berlaku sepanjang tahun 2017.

Simpanan - Pelbagaikan bentuk simpanan; contohnya simpanan dalam Tabung Haji, emas fizikal dan tabung kecemasan. Semoga istiqamah dan bijak mengatur perbelanjaan keluarga. 

4 comments:

  1. Positif..positif yani..yakin boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, semoga yang dirancang berjalan lancar dengan keizinanNya dan segala apa yang dah berlaku dijadikan pengajaran dan teladan.

      Delete
  2. Seronoknya dah ada clear target. All the best yani fir 2017. Smg yg baik2 menanti yani di 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah terima kasih ST...doakan usaha ttc Yani dipermudahkan tahun ni ye?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)