04 December 2016

AIDS Night Walk 2016 Melaka


4 Disember 2016.

Malam tadi (3 Disember 2016) kami berdua suami isteri menyertai program AIDS Night Walk 2016 di Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan Banda Hilir Melaka anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT) sempena kesedaran pencegahan HIV di kalangan rakyat Melaka. Program bermula jam 7.30 malam dan pelepasan peserta diadakan pada 9.20 malam, di mana jarak night walk adalah sejauh 4.1KM (bukan 5.5KM seperti diwar-warkan oleh urusetia sebelum ini).


Secara keseluruhan, penyertaan dalam acara ini agak memuaskan. Agak seronok berjalan pada waktu malam di sekitar Banda Hilir Melaka terutamanya famili adik bongsu juga ikut sama. Tapi...haa..tapi, ada tapinya ni. Banyak benda yang perlu diperbaiki oleh pihak urusetia sekiranya program ini diteruskan pada tahun hadapan. Antaranya:-

1) Tiada keistimewaan yang diberikan kepada peserta yang mendaftar secara dalam talian berbanding peserta yang mendaftar secara walk-in. Bayangkan, goodies bag untuk peserta yang mendaftar secara online boleh tak cukup? Peserta walk-in lebih bernasib baik dapat goodies bag yang lebih lengkap malah diberikan gelang glow in the dark!

2) Baju tshirt yang dikatakan akan dibekalkan sebanyak 400 helai bagi 400 penyertaan awal pun tak diallocate secukupnya kepada online registered peserta. Urusetia hanya meminta maaf dengan menyatakan tshirt telah habis. That's it? Sangat mengecewakan. Goodies bag suami sahaja yang di masukkan sehelai tshirt beserta makanan dan minuman. Goodies bag aku hanya dimasukkan pamplet entah hapa-hapa tanpa makanan apantah lagi minuman air mineral. Alasan...dah habis!

3) Sudah la jarak perjalanan tak seperti yang dimaklumkan, malah finisher medal juga tidak cukup untuk peserta. Kami berdua bernasib baik kerana sampai beberapa minit awal dari peserta lain, dan dapat finisher medal. Famili adik bongsu yang sampai ke finish line selang beberapa minit tak dapat apa-apa finisher medal langsung, nyata ekspresi kecewa di wajah. Rasa tak berbaloi dengan kepenatan badan.

3 comments:

  1. erk..boleh pulak medak n tshirt tak cukup?event ni berbayar ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berbayar DrCat tapi kalau dah tahu jemputan ramai, urusetia kenalah selaraskan benda-benda ni dengan lebih baik. Fine kalau goodies bag tak de...ni finisher medal pun limited? Kalau macam tu baik jangan jemput orang ramai, just fokus pada 1 kumpulan sasaran je; cth student politeknik.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)