15 December 2016

Abell Dah Tiada :'(


15 Disember 2016.

Buah hati kesayangan kami berdua suami isteri dah takde. Pergi meninggalkan kami berdua buat selama-lamanya. Setahun lebih sahaja dapat bersama...kami tak sempat tengok Abell membesar depan mata kami. Masa suami bagi tahu Abell dah takde, aku menangis. Kami sama-sama menangis. Ya Allah! Kesayangan aku dah takde. Dah tak ada lagi kucing yang suka sondol tangan aku minta diusap kepala dan badannya. Dah takde kucing yang suka naik atas badan aku dan uurt dengan manja sekali.

Terlalu cepat Abell pergi, sayang. Abell paling mama sayang, yang paling mama manjakan. Terbayang-bayang lagi keletah Abell yang suka mengiau di tingkap bilik kami nak minta masuk dalam rumah lepas solat Subuh. Mama tak jemu tengok video dan gambar Abell dalam HP, tapi tiap kali mama tengok, mama menangis. Abell sakit sekejap je...mama tak sempat tengok Abell buat kali terakhir, cuma papa je yang dapat tengok Abell mati depan mata.

September 2015 - 14 Disember 2016.

Bak kata papa "Tak ada kucing boleh ganti tempat Abell sayang"...









4 comments:

  1. Allah..sedihnya Yani..lama akak tak singgah sini.Akak dulu kucen2 kesayangan semua bagi sedara mara.nak elak part ni lah.tak dapat menahan sedih nanti kalau berpisah selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hampir seminggu berlalu, masih terbayang-bayang kelibat Abell, asyik tersasul panggil Abell...hurm....

      Delete
  2. comelnye abell...sabar ye yani.. he is in better place..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah DrCat....sehari lepas dia ditanam, Yani sampai tasa nak korek balik kubur Abell sebab nak tengok dia. Rasa macam tak percaya. Jauh beza mati depan mata kita dengan mati bukan depan mata sendiri. Nasib baik suami pujuk jangan korek kubur tu. Just remember him as what he always are; sihat.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)