12 December 2016

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai Cendawan Kukur


12 Disember 2016.

Beberapa bulan lepas, entah macam mana tergoogle pasal cendawan kukur, lama simpan dan bookmarkkan satu blog ni yang share pasal lauk masak lemak cendawan kukur.

Rezeki la kot, masa membeli belah di MAHA 2016, di MAEPS Serdang Khamis lepas, terjumpa dan terus beli cendawan kukur ni ni booth produk kampung. Kebetulan jumpa juga booth yang jual daging salai Negeri Sembilan....cantik la tu, terus dapat idea nak masakkan lauk kegemaran suami; masak lemak cili api daging salai dengan cendawan kukur ni.

Bahan-bahan:
250gm daging salai
100gm cendawan kukur
3 ulas bawang putih
3-4 batang cili merah
10-15 batang cili api
1 sudu kecik serbuk kunyit
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - optional, aku tak masukkan
1 kotak santan
1 - 1 1/2 cawan air
Secukup rasa
Garam

Cara Memasak:
1. Blend bawang putih, cili merah dan cili api bersama.
2. Masukkan bahan blend dalam periuk, letak serbuk kunyit, serai, garam, santan dan air.
3. Masukkan daging salai, kacau rata sehingga daging sedikit masak.
4. Masukkan cendawan kukur setelah kuah mendidih. Taburkan cukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)