25 November 2016

5th Virtual Run Medal : Supercat Lovers Series 2016


25 November 2016.

Akhirnya, sampai juga finisher medal dan goodies bag untuk virtual run ni. Lama juga menunggu, hampir sebulan tapi berbaloi. Ini adalah virtual run kami yang ke-5 tahun ni. Baju t-shirtnya pun lawa. Suka, suka, suka....

Lepas ni, kami menunggu finisher medal untuk 3 lagi virtual run yang telah dihantar bukti lariannya. Musim-musim hujan ni, memang bersyukur sangat kalau langit cerah dan panas sampai ke petang. Rasa excited sangat nak berjogging. 

Seminggu lebih lagi, iaitu pada 3 Disember 2016 kami berdua suami isteri akan sertai satu program "AIDS Night Walk 2016" anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Unit HIV, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, diadakan sempena sambutan memperingati hari Aids sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada golongan sasar mengenai pencegahan, rawatan dan kawalan terhadap HIV/AIDS serta projek "BANDARAYA MELAKA MENUJU SIFAR HIV 2015" dan matlamatnya. Walaupun acara berjalan di sekitar kawasan Banda Hilir sahaja, tapi jaraknya adalah 5.5KM....inshaAllah!

2 comments:

  1. wah besar medalnya!!tgh tggu sy punya jugak ni hahahahaha kecoh betul kan dlm group vrsl..masing2 excited tggu medal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medal dia best kan? Tshirt pu kami dah rasmikan malam kelmarin...selesa pakai! Tahun depan kalau ada buat VR lagi...nak join!! Huhu..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)