24 November 2016

Nutrijuice Greenaard Untuk Turunkan Kadar Kolestrol


24 November 2016.


Hari ni start minum Nutrijuice dari GreenAard. Bismillah! Apa khasiat Nutrijuice ni? Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sekaligus meransang tindakbalas positif fungsi badan manusia melawan pelbagai penyakit.

Antara kebaikan Nutrijuice adalah :

1. Merendahkan tahap kolesterol
2. Merendahkan tekanan darah
3. Mengurangkan risiko strok dan sakit jantung
4. Mengurangkan ekzema
5. Mengelakkan batu karang (akibat terlalu banyak kolesterol)
6. Mengatasi masalah sembelit/susah buang air besar
7. Mengurangkan gangguan gastrousus

Masa mula-mula GreenAard keluarkan Nutrijuice ni, aku memang berminat nak cuba. Sebab apa? Huhuhu...sebab bacaan kolestrol dalam darah aku dah naik masa followup dengan Poliklinik beberapa bulan lepas. Ni rezeki tak terduga dapat Nutrijuice secara percuma dari peraduan GreenAard buat di FB, syukur alhamdulillah.

Sebelum ni, masa berat badan turun memang bacaan kolestrol aku dalam tahap baik, bawah dari borderline. Tapi sejak-sejak berat badan naik semula ni, bacaan kolesterol pun ikut sama naik dan melepasi borderline dah.....sedihnye! 

InshaAllah, sebulan lebih lepas amalkan Nutrijuice ni nak tengok apa kesan positif Nutrijuice ni pada kesihatan badan terutamanya pada bacaan kolestrol aku. Kebetulan bulan Januari nanti ada followup di Poliklinik, mungkin nak minta check kolestrol dalam badan sekali.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)