01 December 2016

6th, 7th & 8th Virtual Run Medal : Larian Bulan November 2016


1 Disember 2016.

Dah masuk bulan Disember eh? Kejaaaaapp je dah nak habis tahun 2016 kan? Orang lain bulan Disember ni dah masuk waktu relaks dan santai kat opis. Yang berkeluarga dah tak pandang kerja kat opis, fikiran dah asyik fikir nak cuti bawak anak-anak holiday je kan? Aku jer la yang dok berposak dengan perolehan hujung-hujung tahun ni....hadoii, letih!

Oklah, skip la hal kerja. Hari ni sampai 3 finisher medal virtual run serentak di pejabat. Bayangkan! Sampai 8 parcel atas nama aku sampai di pejabat...yang lain menjeling je pos laju datang opis dengan sebakul parcel nama aku je. Hak hak hak....6 parcel tu finisher medal, 1 parcel barang GreenAard dan 1 parcel lagi blouse hitam beli dari website Mis Claire.

Finisher medal virtual run ini adalah untuk 3 event iaitu RVFVR Selangor, Bola Naga 1 dan Bola Naga 2 yang kesemua lariannya kami berdua suami isteri habiskan pada bulan November lepas.

Hari ni hujan sepanjang hari (in fact sepanjang minggu ni hujan tak kira belah pagi mahupun petang, rindu nak berlari!!), jadi belum ada larian di permulaan bulan Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)